fbpx

MKP1 Selamat Berlepas ke Pakistan

MKP1 Selamat Berlepas ke Pakistan

MKP1 Selamat Berlepas ke Pakistan

mkp1-119 Okt 2005, Subang: Kumpulan pertama Misi Kemanusiaan Pakistan (MKP1) telah selamat berlepas dari lapangan terbang TUDM Subang pukul 4:30 petang tadi.

Mereka telah menaiki pesawat-pesawat tentera udara bersama-sama kumpulan bantuan lain di bawah kendalian Bahagian Keselamatan Negara Kementerian Dalam Negeri, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, PBSM dan media tempatan. Penerbangan 3 pesawat Hercules C130 tersebut diketuai oleh Kol Dr Johari Jantan.

MKP1 telah membawa bersama mereka sumbangan-sumbangan dari pelbagai pihak dalam bentuk ubat-ubatan dan pakaian sejuk.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib telah merasmikan upacara ringkas sempena penerbangan tersebut. Beliau berkata bahawa kumpulan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berada di Pakistan untuk tempoh 3 bulan. Timbalan Perdana Menteri kemudiannya berkenalan dengan semua relawan-relawan Malaysia selepas mengadakan sidang media di situ.

Menurut Exco Kemanusiaan dan Bantuan HALUAN, En Mohd Azhar Md Idris, MKP1 akan berada di Pakistan untuk tempoh 2 minggu. Kumpulan ini akan bekerjasama dengan NGO tempatan di Pakistan untuk operasi bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa yang terselamat. En Azhar juga menegaskan bahawa HALUAN akan menghantar kumpulan ke-2 pada minggu hadapan. Ketika ditanya tentang persiapan HALUAN untuk misi ke Pakistan, En Mohd Azhar berkata, “Sudah tentunya kami memerlukan dana yang besar bagi menjayakan misi ini. Setakat ini, dana yang ada masih belum mencukupi, khususnya untuk membiayai pembelian ubat-ubatan dan peralatan berkaitan.”

Mereka yang ingin turut menyumbang kepada Misi Kemanusiaan Pakistan ini boleh berbuat demikian di

Nama Akaun: Tabung Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 14023010025718
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Untuk maklumat lanjut, hubungi HALUAN melalui talian 019 230 4465 atau 013 206 5499.