fbpx

Masyarakat Kristian Di Bethlehem Tertekan Dengan Tembok Pemisah Israel

Masyarakat Kristian Di Bethlehem Tertekan Dengan Tembok Pemisah Israel

Masyarakat Kristian Di Bethlehem Tertekan Dengan Tembok Pemisah Israel

Musim luruh yang lepas, saya meluangkan masa selama sebulan bekerja dengan sebuah organisasi Kristian, Arab Educational Institute di Bethlehem. Di sana saya menjalankan kajian dan temuramah dengan ramai rakyat Palestin beragama Kristian, bertanyakan keinginan mereka untuk kehidupan yang lebih selesa dan aman di luar. Hasil temuramah yang dijalankan jelas mengejutkan saya. Kesemua respon yang dikumpulkan menyatakan kesengsaraan hidup yang mereka lalui berpunca dari penjajahan Israel semata-mata, dan bukan kerana komuniti Muslim. Ini jelas bercanggah dengan komen daripada Archbishop of Canterbury minggu lalu yang mengatakan rakyat Palestin beragama Kristian ditindas dan diusir keluar dari Bethlehem oleh Muslim yang membentuk majoriti. Masalah terbesar yang harus ditempuh adalah kesukaran dan pengalaman dimalukan di pos-pos sekatan, sekatan masuk ke Jerusalem, dan kemerosotan hasil pelancongan kerana dasar penjajahan serta kawalan sempadan dan perniagaan oleh rejim Israel. Di sempadan antara Bethlehem dan penempatan haram Jerusalem yang semakin berkembang, protes-protes aman digerakkan bersama oleh seorang pemuda Kristian dan wanita Muslim di Walajeh. Kedua-dua mereka pernah ditangkap atas keberanian berarak dan melaungkan bantahan kepada pembinaan tembok pemisah dan rampasan tanah Palestin. Saya juga sempat bercakap dengan beberapa wanita Kristian yang tinggal hanya beberapa ela (yard) dari kem pelarian Aida. Yang menjadi rungutan di pihak mereka bukanlah jarak yang hampir dengan komuniti Muslim tetapi tembok Israel yang merentangi laluan mereka ke kawasan tradisi masyarakat Kristian ke arah utara Jerusalem. Kawasan ini juga disekat oleh satu daripada pos sekatan terbesar di Tebing Barat. Perkongsian dari Greg Wilkinson, beliau ialah seorang bekas wartawan dan guru. Bukunya, sebuah koleksi temuramah dan pemerhatian di Tebing Barat akan diterbitkan oleh Arab Educational Institute di Bethlehem