fbpx

Lima Perkara Bangunkan Khairu Ummah

Lima Perkara Bangunkan Khairu Ummah

Lima Perkara Bangunkan Khairu Ummah

JITRA, KEDAH, 30 Apr 2017 – Urusan membangunkan khairu ummah adalah tanggungjawab setiap muslim yang perlu dilaksana secara berjamaah.

Menurut Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, usaha pembaikan masyarakat ini tidak mungkin atau hampir mustahil dapat dicapai jika umat sekarang hanya mementingkan diri mereka sendiri.

“Oleh itu, pembangunan khairu ummah ini perlulah dilakukan secara berorganisasi dan bukan secara individu dan terpisah-pisah. Ada lima perkara penting dalam rangka membangun khairu ummah ini. Ia termasuklah memantapkan khidmat komuniti, meluaskan jaringan dan kerjasama pintar (smart partnership), menaiktaraf Misi Kemanusiaan, mempertingkatkan pusat latihan dan juga memperkemaskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D),” kata beliau semasa menyampaikan ucapan dasarnya sempena Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN kali ke-28 yang berlangsung dari 28 hingga 30 April di sini.

Laporan Nik Ali Imran Nik Kamaruzaman
Wartawan mediaHALUAN