fbpx

Kutipan “Ride Pray For Syria 2013” di Seberang Perai Selatan

Kutipan “Ride Pray For Syria 2013” di Seberang Perai Selatan

Kutipan “Ride Pray For Syria 2013” di Seberang Perai Selatan

SEBERANG PERAI, 21 Dis 2013 — Jamaah kariah Masjid Baru Sungai Bakap bersama-sama dengan lima buah masjid di daerah Seberang Perai Selatan telah berjaya menganjurkan program “Ride Pray For Syria 2013” untuk membantu rakyat Syria yang tertindas akibat serangan rejim ganas syiah di sana.

Bersempena itu, HALUAN telah dijemput untuk menerima sumbangan derma tersebut untuk disalurkan kepada mereka yang berhak di dalam Syria dan di kem-kem pelarian sepanjang sempadan negara itu. Empat buah masjid proaktif tersebut adalah Masjid Changkat, Masjid Sungai Duri, Masjid Sungai Kecil dan Masjid Daerah SPS. Kumpulan Northern Versys Owners Group (NVOG) turut terlibat dalam menjayakan program ini.

Aktiviti kutipan derma daripada orang ramai telah bermula daripada 7 sehingga 21 Disember lepas. Sepanjang program itu berjalan, pelajar-pelajar dan remaja yang mengambil bahagian telah berbasikal dari satu masjid ke satu masjid dan juga di pasar-pasar malam dan rumah ke rumah untuk mengutip derma mengisi Tabung Kemanusiaan dan Kebajikan HALUAN untuk sumbangan Misi Kemanusiaan HALUAN di Syria. Beberapa program seperti pertandingan futsal, ceramah, pertandingan mewarna dan lain-lain turut diadakan di masjid-masjid yang mengambil bahagian.

Sebahagian dari hadirin yang menghadiri program
Acara kemuncak adalah Majlis Penutup Program yang diadakan pada 21 Disember di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dengan syarahan Sheik Muhammad Anas Najee, pensyarah Kuliyah Bahasa Arab dan Al-Quran di Al Madinah International University, Shah Alam. Beliau yang berasal dari Damaskus telah berkongsi maklumat berhubung pergolakan terkini di Syria. Di samping ceramah, solat hajat berjamaah, Qunut Nazilah serta Pameran Penderitaan Rakyat Syria turut diadakan. Setakat ini, lebih RM8,000 telah berjaya dikumpul dan kutipan masih berjalan walaupun selepas acara penutup.

Dalam ucapan aluannya, Pengarah Program, Cikgu Rosli Saidin telah menjelaskan bahawa matlamat program tersebut adalah Menjana Minda Remaja Rabbani dengan menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan dan kesukarelawanan bersama HALUAN untuk membantu ummah yang ditimpa bencana.

Bumi Syam adalah suatu wilayah yang diberkati Allah SWT dan sesiapa yang dapat menguasai Baitul Maqdis maka ia dikatakan akan dapat menguasai dunia. Oleh itu krisis kemanusiaan yang berlaku di Syria bukanlah khusus di Syria sahaja tetapi kesannya ada hubung kait dengan permasalahan Baitul Maqdis (Palestin) dan negara-negara di sekitarnya seperti Jordan, Palestin, Syria dan Mesir.

Kejayaan program ini telah membuktikan bahawa penderitaan rakyat Syria dan pembebasan rakyatnya daripada rejim ganas Basyar Al-Asad tetap mendapat perhatian berterusan daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan, sekaligus menampakkan penolakan mereka terhadap aliran syiah yang jauh menyelewengi ajaran Rasul SAW.

Laporan oleh Abdul Halim Khudri