fbpx

HALUAN P.Pinang Berbakti Lagi Kepada Frontliners

HALUAN P.Pinang Berbakti Lagi Kepada Frontliners

HALUAN P.Pinang Berbakti Lagi Kepada Frontliners

KULIM, 22 Okt 2020  –  Biro Kesihatan HALUAN Pulau Pinang-Kedah (BKH-PPK) telah menyerahkan peralatan lengkap komputer untuk kegunaan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kulim semalam.

Jabatan berkenaan adalah pintu masuk utama kes kecemasan bagi semua pesakit termasuk saspek yang disyaki menghidapi serangan virus Corona. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YDP HALUAN Pulau Pinang, Encik Ahmad Shukri Nordin kepada Timbalan Pengarah III Hospital Kulim, Dr Nurul Akmal Hamzah.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr Shamsul Anuar Asmee; Pakar Perubatan Kecemasan, Dr Mohd Shahir Mohd Hasan; Ketua Unit IT,  Puan Amilia Abu Bakar; Ketua Unit Khidmat Pengurusan (Aset), Puan Nor Hidayah Idris; Bendahari HALUAN Pulau Pinang, Encik Zulkifli Ismail; dan Pengerusi BKH-PPK, Dr Ahmad Ikhwan Subberi.

Peralatan bernilai hampir RM4,000 tersebut terdiri daripada CPU lengkap 3.6GHz berserta skrin LED 27 inci untuk kegunaan di Zon Hijau hospital berkenaan, dipasang ke dinding untuk memudahkan kegunaan.

“Kami terpanggil untuk tampil membantu pihak hospital kerana difahamkan mesin berkenaan amat diperlukan tetapi mereka menghadapi kekangan bajet. Kami difahamkan bahawa alatan ini akan mempercepatkan proses menganalisa scan yang dilaksanakan ke atas pesakit di Jabatan Radiologi di mana doktor di Jabatan Kecemasan dan Trauma tidak lagi perlu menunggu ketibaan filem-filem X-Ray, ultrasound atau CT scan selepas pesakit discan. 

“Kini, imej berkenaan akan terus dapat dicapai melalui komputer berkenaan dalam beberapa minit sahaja kerana sistem online terkini sudah mula diperkenalkan oleh Jabatan Radiologi hospital ini baru-baru ini. Ini bermakna para doktor di Jabatan Kecemasan akan boleh membuat keputusan lebih pantas dalam merawat pesakit yang tiba. Bagi saya, ini suatu perkembangan yang positif dan kami turut berbangga dapat bersama-sama membantu proses ini,” berkata Dr Ikhwan.

Adalah juga difahamkan bahawa Jabatan Radiologi hospital berkenaan telah berjaya dan mula menawarkan perkhidmatan mammografi pertamanya mulai September lepas. Ini bermakna, pesakit wanita yang mengalami masalah payudara dari sekitar Baling, Kulim, Bandar Bharu dan Serdang tidak lagi perlu pergi ke Hospital Sungai Petani hanya untuk mendapatkan khidmat mammografi. Perkembangan ini sekaligus menaikkan efisyensi perkhidmatan Hospital Kulim serta kompetensi tinggi Jabatan Radiologi hospital berkenaan dalam empatinya kepada masyarakat.

Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kulim dalam pendiagnosan dan rawatan kepada pesakit-pesakitnya.


Laporan Unit Media HALUAN Pulau Pinang