fbpx

HALUAN Bekerjasama Hantar Bantuan Untuk Pelarian Syria di Lubnan

HALUAN Bekerjasama Hantar Bantuan Untuk Pelarian Syria di Lubnan

HALUAN Bekerjasama Hantar Bantuan Untuk Pelarian Syria di Lubnan

SHAH ALAM, 17 Dis 2020 — HALUAN dengan kerjasama rakan-rakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini melengkapkan kerja mengumpul barangan bantuan yang akan diagihkan kepada pelarian Syria di Lubnan melalui misi bantuan Kontena Untuk Syria.

Menerusi misi ini, rakyat Malaysia bersatu menyumbang barangan asas termasuk kit musim sejuk, pakaian sejuk, makanan kering, lampin dan juga kit kebersihan bagi keperluan pelarian berhadapan dengan ancaman musim sejuk. Barangan terkumpul sebanyak empat kontena 40-kaki itu akan berlepas dari Pelabuhan Kelang pada minggu hadapan dan dijangka tiba di Pelabuhan Beirut dalam tempoh tiga minggu.

Menurut Pengurus Misi Kemanusiaan Syria HALUAN, Ustaz Abu Bakr Mohd Sidek, bantuan tersebut akan diagihkan bersama NGO tempatan di Lubnan, The Awareness and Consolation Association. “InsyaAllah beberapa orang relawan dari Malaysia akan ke lapangan untuk mengagihkan bantuan sebelum akhir bulan Januari merangkumi kawasan Beirut, Arsal dan Bekaa,” jelas beliau.   

Misi ini merupakan sebahagian daripada usaha tahunan HALUAN membantu pelarian yang terpaksa mengharungi musim sejuk dalam serba kekurangan dan keadaan menyayatkan. “HALUAN tetapi istiqamah menyantuni pelarian Syria yang sedang berhadapan dengan keperitan hidup dalam khemah, sebahagian besarnya tanpa pakaian sejuk, alat pemanas, makanan dan ubatan, bahkan sering pula dilanda hujan lebat dan banjir,” kata Ustaz Abu Bakr lagi.

Dianggarkan 1.5 juta penduduk Syria terpaksa lari menumpang hidup di Lubnan. Mereka tinggal dalam khemah-khemah pelarian, bangunan terabai dan juga kem-kem pelarian Palestin yang sesak.

HALUAN amat bersyukur atas peluang bekerjasama dengan rakan-rakan NGO untuk menjayakan misi Kontena Untuk Syria ini, khususnya pertubuhan Malaysia For Syria, Global Peace Mission, Muslim Volunteer Malaysia, Cinta Syria Malaysia, MyFund Action, Rizk Ar-Rahman, Peduli Insan Malaysia, dan Human Development Association (HUDA).

Projek ini juga adalah kesinambungan kepada kempen 1M4BaitulMaqdis anjuran HALUAN yang masih berjalan dengan pelbagai aktiviti kesedaran berbentuk e-book review, advokasi media sosial, pertandingan fotografi dan larian amal. Juga bantuan kemanusiaan untuk Palestin dan Syria.

Mari bersama jayakan kempen 1M4BaitulMaqdis dan zahirkan kebersamaan anda dengan menyertai LightsUp4AlAqsa di sini:

Sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui pautan berikut: