fbpx

Daurah KKH Perkasa Para Pengamal

Daurah KKH Perkasa Para Pengamal

Daurah KKH Perkasa Para Pengamal

Putrajaya, 11 Feb 2012 —  Pemerkasaan para pengamal perubatan dan kesihatan perlu dipertingkatkan sebagai golongan pemangkin yang akan bangkit menangani isu-isu yang melanda masyarakat di dalam dan luar negara.


Mereka harus mempersiapkan diri dengan pengisian ilmu teknologi yang berkesan dan keterampilan serta menunjanginya dengan iman dan taqwa yang tinggi kepada Allah SWT sebagai pedoman utama. Menurut Pengerusi Kelab Kesihatan HALUAN Malaysia (KKH), Dr Wan Muhaizan Wan Mustaffa, para pengamal perubatan dan kesihatan berperanan besar kerana mereka berada di medan utama bila berhadapan dengan masyarakat yang sakit tenat bukan saja daripada segi fizikal tetapi juga di sudut ruhi.

“Kita perlu memampukan diri untuk bangun dan memanfaatkan ilmu yang kita pelajari untuk memperbaiki masyarakat pada tahap optimum. Masyarakat perlu boleh merasai sentuhan kita sebagai perawat yang holistik,” katanya sempena merasmikan Daurah Kebangsaan KKH 2012 di sini.

Seramai 113 orang peserta terdiri daripada pengamal perubatan dan kesihatan serta ahli-ahli HALUAN Siswa Health Sciences (HS2) dari seluruh negara telah menghadiri daurah sehari suntuk itu. Dengan tema “Memperkasa Diri Memimpin Masyarakat”, daurah ini bertujuan menghangatkan syu’ur bekerja di kalangan amilin Islam untuk memanfaatkan ummah di tempat mereka tinggal dan bekerja.

Daurah dianjurkan bersama oleh KKH dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui kerjasama pihak pengurusan Masjid Putra, Putrajaya. Sebanyak tiga kertaskerja dibentangkan. Tajuk Mulianya Menjadi Murabbi telah dibentang oleh Encik Engliman Roslan; Darurah At Tamayyuz oleh Encik Zainusham Yusof dan Tarbiyah Melahirkan Mukmin Mujahid oleh Hj Sabaruddin bin Alias.

Sebahagian daripada peserta wanita yang hadir
Dr Wan Muhaizan Wan Mustaffa, Pengerusi KKH