fbpx

Celcom Wilayah Timur adakan ceramah bersiri tentang Palestin

Celcom Wilayah Timur adakan ceramah bersiri tentang Palestin

Celcom Wilayah Timur adakan ceramah bersiri tentang Palestin

KUANTAN, 6 Februari 2009 —  HALUAN Pahang dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia Celcom  Kawasan Timur telah mengadakan ceramah bersiri di pejabat dari 13 Januari hingga 6 Februari. Objektif utama ceramah tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman tentang permasalahan Palestin kepada kakitangan Celcom.


Siri ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Hj Syed Jamaluddin Syed Hasan setiap hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Ceramah dihadiri oleh kira-kira 30 orang kakitangan Celcom Wilayah Timur.


Siri ceramah telah dibahagikan kepada beberapa tajuk utama; iaitu

  1. Tazkirah Palestin yang menerangkan secara umum mengenai Palestin dari perspektif sejarah,
  2. Peperangan di Gaza (siri 1 dan 2) yang menerangkan mengenai pembunuhan yang dasyat dan keji yang dilakukan oleh tentera Zionis, dan 
  3. Selamatkan Gaza yang menerangkan mengenai peranan dan tanggungjawab umat Islam untuk menyelamatkan masjidil al-Aqsa.

Sesi ceramah diselang-seli dengan tayangan gambar-gambar kekejaman dan kemusnahan yang berlaku di Gaza dan tayangan multimedia untuk menambahkesan keadaan sebenar di Gaza dan penderitaan yang dialami oleh umat Islam di Palestin.

Disamping ceramah, kutipan tabung Palestin juga telah diadakan. Sebanyak RM 1200 telah berjaya dikutip selepas 4 siri ceramah dijalankan. Pada dasarnya ceramah pendek ini telah berjaya mencapai matlamatnya untuk menerangkan fakta-fakta dasar mengenai isu Palestin.

Diharap program-program seperti ini dapat menyedarkan lagi kakitangan berkenaan mengenai isu Palestin dan menjalinkan rasa kasih sayang dan belas kasihan sesama umat.