fbpx

Berita

Rakyat Kelantan Teruja Bersama Tokoh Ulama Palestin

Rakyat Kelantan Teruja Bersama Tokoh Ulama Palestin

KOTA BHARU, 15 September 2009 — Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin, Syeikh Abu Bakr, pernah enam kali terperosok di penjara Israel. Beliau ditangkap atas tuduhan mengajar pemuda-pemuda Palestin tentang Islam. Di penjara Israel, beliau telah disiksa sehingga menyebabkan beliau buta. Antara kata-kata ucapan pengenalan yang dizahirkan oleh Sheikh Abu Bakr adalah bahawa beliau sangat mencintai …

Seluruh umat Islam wajib membebaskan Palestin – Sheikh Abu Bakar

Seluruh umat Islam wajib membebaskan Palestin – Sheikh Abu Bakar

SHAH ALAM, 13 September 2009 — Suasana di Masjid Negeri Shah Alam begitu hening sekali,walaupun pada ketika itu hampir 300 orang jemaah berada di dalam dewan solat utama. Sheikh Abu Bakar, seorang ulama yang buta matanya telah memecah keheningan subuh hari itu dengan ucapan sepatah demi sepatah yang mudah difahami oleh mereka yang berbahasa Arab. …

Penduduk Kg Nenasi Terus Dapat Perhatian HALUAN Kelantan

Penduduk Kg Nenasi Terus Dapat Perhatian HALUAN Kelantan

BACHOK, 12 September 2009 — Sejak melancarkan program Pembangunan Minda Insan di Kg Nenasi pada beberapa bulan lalu, HALUAN Kelantan terus menggiatkan aktiviti yang dapat menjalin hubungan silatur rahim dengan penduduk di kampung berkenaan. Sebelum bermula bulan Ramadhan, anak-anak remaja Kg Nenasi telah dapat mengikuti program pembangunan diri yang diadakan di Ridsuan Resort. Sebagai aktiviti …

Majlis Berbuka Puasa HALUAN Johor di Parit Salam

Majlis Berbuka Puasa HALUAN Johor di Parit Salam

BATU PAHAT, 5 September 2009 — Kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini membuka ruang yang luas untuk ahli-ahli HALUAN menggiatkan lagi program bersama masyarakat. HALUAN Johor tidak ketinggalan mengambil peluang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Masjid Parit Salam, Batu Pahat pada hari Jumaat, 4 September baru lalu. Kira-kira 100 orang penduduk setempat …

HALUAN Kelantan Santuni Masyarakat Kampung Pohon Nenasi, Bachok

HALUAN Kelantan Santuni Masyarakat Kampung Pohon Nenasi, Bachok

BACHOK, 15 Ogos 2009 — HALUANITA Kelantan dan Kelab Siswi HALUAN Kelantan (HALUANSiswi) dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah berjaya menganjurkan “Program Gotong-Royong dan Ziarah Masyarakat Setempat” di Kampung Pohon Nenasi, Bachok kelmarin. Seramai 50 peserta yang terdiri dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) diiringi oleh ahli-ahli HALUANITA dan HALUAN Kelantan …

Wakil HALUAN kunjungi penduduk Kg Nenasi, Bachok

Wakil HALUAN kunjungi penduduk Kg Nenasi, Bachok

BACHOK Kelantan, 25 Julai 2009 – Seramai 20 orang wakil HALUAN telah mengadakan kunjungan ke Kg Nenasi, Bachok bagi melaksanakan persiapan awal Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) dan Program Pembangunan Minda Insan (PPMI.) Awal bulan Julai lalu, HALUAN telah mengadakan kunjungan ke Kunak, Sabah bagi melaksanakan projek yang sama. Projek ini adalah satu usaha kerjasama antara …

HMM09 melentur minda generasi IPT & profesional

HMM09 melentur minda generasi IPT & profesional

Seramai seratus pelajar dan bakal pelajar IPT, serta pegawai perubatan pelatih (HO), pegawai perubatan muda (MO) dan pegawai sains kesihatan bersekutu telah menjalani latihan dan bengkel sehari suntuk untuk menjatidiri dalam mengharungi cabaran yang sedang mereka hadapi. Program Himpunan Minda Medik 2009 & Persediaan Pelajar Ke Luar Negara (HMM09) pada 25 Julai 2009 itu telah …

Pelajar SMK Bekok Segamat sertai Kem Motivasi Menuju Puncak Gemilang

Pelajar SMK Bekok Segamat sertai Kem Motivasi Menuju Puncak Gemilang

SEGAMAT, 27 Julai 2009 — HALUAN Johor telah diamanahkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Bekok, Segamat untuk menjalankan Kem Motivasi Menuju Puncak Gemilang khusus bagi pelajar-pelajar asrama sekolah tersebut. Program telah diadakan di Pusat Latihan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kluang bermula dari 24 hingga 26 Julai. Seramai 71 orang pelajar telah menghadirinya, di mana …

Pertandingan Futsal HALUAN di Kuala Perlis

KANGAR, 19 Julai 2009 — HALUAN telah menganjurkan pertandingan futsal bersempena dengan program bersama masyarakat Kuala Perlis. Pertandingan yang diadakan di gelanggang futsal Tadza ini menghimpunkan sebanyak 14 pasukan daripada kalangan belia Kuala Perlis, manakala HALUAN telah menghantar dua pasukan untuk menyertai kejohanan ini. Hampir dua ratus orang yang terdiri daripada pemain dan penyokong pasukan …

Program Kemasyarakatan Memakmurkan Masjid Sempena Sambutan Israk & Mikraj

Program Kemasyarakatan Memakmurkan Masjid Sempena Sambutan Israk & Mikraj

KUALA PERLIS, 20 Julai 2009 — HALUAN Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perlis dan Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kuala Perlis telah berjaya mengadakan Program Kemasyarakatan Memakmurkan Masjid Sempena Sambutan Israk & Mikraj. Program yang dijalankan selama satu hari satu malam kelmarin turut mendapat sokongan dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis …