fbpx

Biro Latihan

Biro Latihan

Adalah menjadi visi Biro Latihan untuk menjana modal insan yang seimbang dan berguna kepada masyarakat. Biro ini memberi perhatian khusus kepada usaha memberi latihan dan proses pendidikan yang berterusan supaya setiap ahli HALUAN dibina secara seimbang dan bersepadu dan aspek jasad, akal dan rohani serta memiliki kemahiran-kemahiran tertentu dan sahsiah terpuji. Semua kriteria tersebut diharapkan menjadi asas untuk mereka menjadi pemimpin masa depan dan mampu merubah masyarakat.

Untuk merealisasikan tanggungjawabnya, Biro Latihan HALUAN antara lain menjayakan aktiviti-aktiviti berikut:

menyediakan latihan dan pendidikan berterusan kepada ahli-ahli melalui kursus, bengkel, seminar
berkenaan soft skill dan kemahiran-kemahiran asas yang lain.
menjalankan kursus-kursus kepimpinan kepada ahli-ahli HALUAN supaya mereka dapat memberi manfaat
kepada masyarakat
membangunkan modul-modul latihan bagi melahirkan warganegara yang berakhlak mulia yang menjadi boleh
contoh kepada masyarakat dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian berpandukan Islam
menilai keberkesanan modul, aktiviti dan program latihan dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan.