fbpx

Ayuh Bersama Memeriahkan HALUAN Youngstars Annual Gathering (STAR!)

Ayuh Bersama Memeriahkan HALUAN Youngstars Annual Gathering (STAR!)

Ayuh Bersama Memeriahkan HALUAN Youngstars Annual Gathering (STAR!)

Buat julung kalinya, Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) akan menganjurkan satu perhimpunan remaja yang dinamakan HALUAN YoungStars Annual Gathering (STAR!). Perhimpunan ini khusus untuk pelajar tingkatan satu hingga enam yang akan bercuti panjang tidak lama lagi. Bagi yang berminat untuk melancong ke utara tanah air sambil menambah ilmu, anda dijemput untuk menyertai perhimpunan ini yang dijadualkan pada 7 dan 8 Disember 2013 di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah.

Berlatar belakangkan suasana sawah padi yang menghijau, perhimpunan ini bakal menjadi kenangan indah bagi remaja yang ingin bersantai-santaian sambil mengisi dada dengan kalimat-kalimat suci daripada guru-guru, para penceramah dan juga fasilitator yang berilmu dengan kad yuran penyertaan hanya RM60 seorang.

Objektif perhimpunan ini adalah untuk mengumpulkan remaja dari seluruh tanah air bagi membina jaringan ukhuwah dan memberi ruang kepada mereka untuk mendapatkan input-input yang berguna tentang matlamat hidup dan memperkasakan lagi jati diri remaja serta mencungkil bakat-bakat baru melalui pertandingan yang dijalankan bersempena perhimpunan ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pertandingan, ceramah, forum, slot tanyalah ustaz yang akan diisi oleh penceramah-penceramah tersohor dalam bidang keremajaan seperti Sir Mohd Abdoh, Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Ahmad Muhtad, Dr. Mohd Akram, Erwin Arif, Cikgu Mahmud Jaafar dan Ustazah Ainal Mardhiah.

Istimewanya perhimpunan STAR ini, para peserta yang menyertai pertandingan seperti video pendek, vlog, poster, esei, fotografi dan pidato akan diraikan bakat mereka pada majlis penyampaian hadiah nanti. Justeru, pihak penganjur mengalu-alukan sesiapa sahaja adik-adik remaja yang berminat untuk menyertai mana-mana pertandingan yang telah dinyatakan tadi.

Untuk pendaftaran peserta dan maklumat lanjut, boleh dihubungi Sdr Radhi (013-4749725) dan Sdri Maisarah (019-4572024).

Maklumat Lanjut

Program:
http://www.facebook.com/KeARAHyoungStars

Pendaftaran online:
http://tinyurl.com/daftar-star2013

Borang Pendaftaran Pertandingan:
http://goo.gl/Oq5Io3

Pertandingan:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.628183677219759.1073741829.627923347245792&;type=1

Tunggu apa lagi, cepat-cepat daftar! Jumpa anda di STAR!