fbpx

AYUH BANTU KECEMASAN BENCANA LUBNAN!

AYUH BANTU KECEMASAN BENCANA LUBNAN!

AYUH BANTU KECEMASAN BENCANA LUBNAN!

LUBNAN, 7 Ogos 2020 – Tragedi melanda lagi di bumi umat Islam. Dunia dikejutkan dengan letupan besar di pelabuhan Beirut yang mengorbankan sekurang-kurangnya 150 orang dan mencederakan lebih 5,000 yang lain pada petang Selasa, 4 Ogos 2020.

Ledakan tersebut menghancurkan dan merosakkan sebahagian besar infrastruktur dan bangunan di seluruh ibu kota Lubnan itu, di mana ratusan orang masih hilang atau terperangkap di bawah runtuhan. Bagaikan ledakan bom atom, padang jarak padang tekukur. Ia angkara terbakarnya gudang penyimpanan bahan berbahaya ammonium nitrate yang mudah meletup.

Hospital-hospital mereka yang sebelum ini berjuang untuk mengatasi pandemik COVID-19 kini dilimpahi pesakit yang cedera akibat letupan ini. HALUAN terkesan dengan bencana dahsyat ini dan amat bersimpati dengan mangsa-mangsa di lapangan. Kami mengajak tuan-puan bersama kami membantu mereka di sana, tidak kira bangsa ataupun agama mereka.

Kenyataan Gabenor Beirut, Marwan Aboud, semalam menganggarkan sehingga 300,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Jelas ini adalah Bencana Kemanusiaan yang harus kita peka membantu.

Sebagai sebuah NGO yang sudah lama aktif bekerjasama dalam projek kemanusiaan di Lubnan, terutamanya melalui projek bantuan sara hidup bulanan untuk anak-anak yatim pelarian Palestin dan Syria serta mengurus Palestine Community Educare Centre (PCEC) di Kem Ein Hilweh, Lubnan,  HALUAN kini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama membantu warga Lubnan yang terkesan akibat musibah ini.

Walaupun rakyat Lubnan berhadapan dengan krisis politik, ekonomi dan wabak yang teruk di mana separuh daripada penduduknya berada di bawah tahap kemiskinan, mereka telah tetap bersama menyantuni keperluan pelarian Palestin dan Syria dalam negara mereka. Kini, mereka pula yang memerlukan perhatian dan kasih sayang kita!

Untuk itu, HALUAN melancarkan tabung khas “Rayuan Bantuan Kecemasan Lubnan” bagi membantu mangsa-mangsa dalam sektor kritikal termasuk perubatan, bahan makanan dan tempat tinggal sementara.

Mari kita doakan semoga Lubnan kembali pulih daripada musibah yang melanda.

Semua derma ikhlas anda  biar sekecil manapun boleh disalurkan secara online melalui:

Rayuan Bantuan Kecemasan Untuk Lubnan

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Atau melalui akaun berikut: 

Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN

Maybank Islamic

5622 6350 26 11

Sila hubungi talian kami di +6011-5675 3492 untuk maklumat lanjut.

Dr Abdullah Sudin Ab. Rahman

Presiden HALUAN

Bandar Baru Bangi

6 Ogos, 2020