Dah setahun lebih aku cerita pasal Islam kepada kawan baik aku Muniandy. Kami boleh sahaja bergurau, bersukan basikal, lepak bersama; tapi dia masih tak ada respond bila aku cuba dakwah kepada dia.
Dia senyum saja tanpa beri respon apa-apa kat aku. At least kalau dia bertanya, bolehlah juga aku terangkan. Ini tidak. Macam kaku sahaja.
Biasakan hadapi suasana begitu? Bercerita kebaikan agama Islam kepada rakan Not Yet Muslims (NYMs) tetapi mereka macam Tidak Tertarik. Kita yang frust akhirnya.
Tapi pernahkah terlintas di hati kita – mungkin cara aku yang tak kena kot? Mungkin ada sesuatu pada peribadi aku yang tak betul di mata dia? Keras sangatkah aku ni? Ke aku sendiri yang bajet bagus tanpa sedari?
Sikap kita sebagai dai’e menentukan sikap penerimaan orang yang dikongsikan Islam. Apakah sikap Harus yang kita kena kuasai supaya mad’u NYM kita boleh teruja dengan Islam?
Apakah sikap itu? Ini peluang anda.
Ikuti perkongsian Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir, penulis perbandingan agama & pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia di dalam segmen Bicara Murobbi 50 | Sikap Harus Bagi Seorang Muslim Bila Berkongsi Islam Dengan NYMs.
SABTU | 6 FEB 2021 | 5.00 – 5.50 PETANG
If you’re proud being a Muslim, then act like a Muslim.
_
Subscribe to TVHALUAN
https://goo.gl/zhcazt
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my