Perpaduan. Satu impian.
Bukan mudah perpaduan dicapai. Perpaduan memerlukan persetujuan dan satu nada suara yang sama bukan daripada seorang atau dua, tetapi seluruh masyarakat.
Sikap tolak ansur dan saling menerima inilah yang menjayakan gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk sebuah negara Malaysia, negara luar biasa yang berbilang kaum dan agama.
Kekalkan perpaduan ini. Ketepikan segala persengketaan. Ayuh, bangunkan negara bersama.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA