Peperangan. Penganiayaan. Kebuluran. Pelarian. Bencana.
Dunia terus diselubungi dengan konflik kemanusiaan dan bencana alam. Kerakusan penguasa dan pengabaian sesama manusia menyebabkan dunia yang kita warisi ini terancam, hilang punca dan arah, bahkan menuju kehancuran.
Islam mengajar kita menghormati martabat manusia, menerapkan keadilan, berbuat baik, dan memberikan perlindungan terhadap semua kehidupan. Justeru, kita perlu sama-sama memupuk nilai dan semangat kemanusiaan dengan memperlakukan setiap individu secara penuh hormat, adil, dan penuh kasih sayang, tanpa memandang perbezaan apa pun.
Selamat menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.
__
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my