fbpx

Wakaf Pokok Zaitun Gaza

Wakaf Pokok Zaitun Gaza
26 Donors

236 Days Left

Wakaf Pokok Zaitun Gaza

Raised: RM1,998.00 / Goal: RM80,000.00

Donate Now
Saudara kita di Gaza tidak pernah putus asa bertahan menghadapi kezaliman rejim Zionis, walaupun terpaksa mengarungi kelangsungan hidup dengan serba kepayahan dan penderitaan.
Tahukah kita, bahawa pokok zaitun merupakan simbolik ikatan perjuangan penduduk Palestin dengan bumi barakah itu? Ia adalah simbol perjuangan dan ketabahan, kecekalan dan keamanan. Bahkan zaitun merupakan sumber makanan utama tradisi di Palestin dan kawasan sekitarnya, di mana pokok zaitun diwarisi dari generasi ke generasi.
Sekitar 100,000 keluarga di Gaza bergantung kepada pokok zaitun sebagai sumber pendapatan utama. Di musim menuai iaitu sekitar bulan Oktober, penduduk Gaza yang lazimnya menganggur sepanjang tahun berpeluang bekerja menuai zaitun dengan pendapatan 30 shekel (USD9.40) sehari.
Projek Wakaf Pokok Zaitun Gaza bertujuan membantu penduduk termiskin Gaza dengan memberikan mereka sumber pekerjaan dan ekonomi, yang dapat bertahan sehingga ke beberapa generasi akan datang.
Melalui projek ini, kita akan bergandingan menyuburkan kembali tanah penduduk terbabit dengan anak-anak pokok zaitun. Dengan kos RM200 setiap pokok, tanaman akan dijaga baik sehingga besar dan menghasilkan buah. Sepanjang proses ini, ia juga dapat menyediakan pekerjaan kepada penduduk sekitar.
HALUAN menyasarkan 400 pokok untuk fasa pertama projek Wakaf Pokok Zaitun Gaza.
Jom bersama HALUAN dalam projek amal jariah ini.