fbpx

Projek Rumah Dar Omana

Projek Rumah Dar Omana
29 Donors

-1819 Days Left

Projek Rumah Dar Omana

Raised: RM15,474.00 / Goal: RM14,000.00

Donate Now
Tarikh Akhir: 31 Mac 2019
Konflik peperangan di Republik Yemen yang berlaku sejak EMPAT tahun yang lalu telah menyebabkan krisis kemanusiaan yang dahsyat. Hingga kini lebih 100 ribu terbunuh, lebih satu juta yang cedera dan hampir LAPAN juta rakyat awam perlukan pelbagai bantuan kemanusiaan termasuk makanan, air bersih, tempat tinggal dan rawatan perubatan. Beberapa bandar besar seperti Sana’a dan Taiz mengalami kerosakan teruk dari segi kemudahan awam termasuk sekolah, hospital dan juga masjid.
Salah satu kumpulan rakyat awam yang terkesan dari segi rawatan kesihatan ialah pesakit-pesakit kegagalan buah pinggang yang wajib menjalani hemodialisis TIGA kali seminggu. Mereka yang kehilangan tempat tinggal, pekerjaan dan terpaksa tinggal di kem-kem pelarian yang tiada serta jauh dari kemudahan pusat dialis.
Di Taiz sahaja, ada ribuan yang sedemikian, dan mereka terpaksa tinggal atau berteduh di kaki lima bangunan berhampiran pusat dialisis atau dalam khemah-khemah dibawah pokok yang ada. Dengan kerjasama sebuah NGO tempatan, HALUAN membuat satu initiatif untuk menyewa bangunan yang ada untuk dijadikan tempat tinggal yang lebih kondusif kepada pesakit-pesakit tersebut agar mereka boleh menerima rawatan dialisis 2-3 X seminggu. Dan dengan ini membantu kadar kematian pesakit-pesakit akibat tidak konsisten dalam rawatan dialisis.