fbpx
Pusat Pembangunan Minda Insan Sabah
813 Donors

-325 Days Left

Pusat Pembangunan Minda Insan Sabah

Raised: RM69,406.97 / Goal: RM69,000.00

Donate Now
Pusat Pembangunan Minda Insan - pendidikan anak-anak yang tidak pernah bersekolah kerana kemiskinan dan kekeliruan status kewarganegaraan di Sabah. #PPMI
Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) ditubuhkan pada 16 September 2011 bermula dengan PPMI Kg. Kabog, Kunak. PPMI berkonsepkan sebuah pusat aktiviti komuniti yang ditubuhkan dan dibina oleh komuniti serta dioperasikan oleh ahli komuniti dengan bimbingan daripada NGO HALUAN dan penglibatan badan serta agensi kerajaan.
PPMI memberi fokus utama kepada kumpulan sasar iaitu Anak-anak Etnik Minoriti dan Miskin Luar Bandar Sabah yang terpinggir daripada program pembangunan aliran arus perdana negara melalui aktiviti teras pembangunan modal insan iaitu:
  1. Pendidikan Asas
  2. Latihan Kemahiran Untuk Hidup
  3. Latihan Kemahiran Kesukarelawanan

Punca keciciran:
  1. Kemiskinan
  2. Status sosial rendah
  3. Tidak ada jalan perhubungan
  4. Sukar mendapatkan kemudahan sokongan seperti pusat kesihatan dan pejabat pendaftaran

Keadaan ini mengakibatkan berlakunya kecelaruan status kewarganegaraan dan dokumentasi pengenalan diri yang berlarutan membawa kepada berlakunya diskriminasi kemanusiaan termasuklah penafian hak mendapatkan pendidikan.
Lokasi PPMI di seluruh Negeri Sabah
  1. PPMI Kg. Kabog, Kunak
  2. PPMI Kg. Kunak 3, Kunak
  3. PPMI Kg. Hidayat, Semporna
  4. PPMI Kg. Tandoan, Semporna
  5. PPMI Pulau Mabul, Semporna
  6. PPMI Kg. Tagupi Laut, Lahad Datu
  7. PPMI Kg. Simuning, Lahad Datu
  8. PPMI Kg. Lok Buani, Lahad Datu
  9. PPMI Kg. Takun, Lahad Datu
  10. PPMI Kg. Simpang Jeroco, Lahad Datu
  11. PPMI Rumah Pangsa, Kinarut