fbpx

Rayuan Bantuan Kecemasan Untuk Lubnan

Rayuan Bantuan Kecemasan Untuk Lubnan
966 Donors

-1329 Days Left

Rayuan Bantuan Kecemasan Untuk Lubnan

Raised: RM126,090.39 / Goal: RM126,000.00

Donate Now
Dunia dikejutkan dengan letupan besar di pelabuhan Beirut yang mengorbankan sekurang-kurangnya 135 orang dan mencederakan lebih 4,000 yang lain pada petang Selasa, 4 Ogos 2020.
Ledakan tersebut menghancurkan dan merosakkan sebahagian besar bangunan di seluruh ibukota Lubnan itu, di mana ratusan orang masih hilang atau terperangkap di bawah runtuhan.
Hospital-hospital yang sebelum ini berjuang untuk mengatasi pandemik Covid-19 kini dilimpahi pesakit yang cedera akibat letupan ini.
Kenyataan Gabenor Beirut, Marwan Aboud, semalam menganggarkan sehingga 300,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
Sebagai sebuah NGO yang aktif bekerjasama dalam projek kemanusiaan di Lubnan, terutamanya melalui projek bantuan sara hidup bulanan untuk anak-anak yatim pelarian Palestin dan Syria serta mengurus Palestine Community Educare Centre (PCEC) di Kem Ein Hilweh, Lubnan. HALUAN terpanggil untuk mengajak rakyat Malaysia bersama membantu warga Lubnan yang terkesan akibat musibah ini.
Walaupun rakyat Lubnan berhadapan dengan krisis politik dan ekonomi yang teruk di mana separuh daripada penduduknya berada di bawah tahap kemiskinan, mereka tetap bersama menyantuni keperluan pelarian Palestin dan Syria. Kini, mereka pula memerlukan perhatian dan kasih sayang kita.
Untuk itu, kami melancarkan Rayuan Bantuan Kecemasan Lubnan bagi membantu mangsa-mangsa dalam sektor kritikal termasuk perubatan, makanan dan tempat tinggal.
Mari kita doakan semoga Lubnan kembali pulih daripada musibah yang melanda.
Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank
5622 6350 2611
Hotline +601156753492