Infaq Waqaf Asrama HALUAN Penyayang (AHP)

Infaq Waqaf Asrama HALUAN Penyayang (AHP)
20 Donors

-4 Days Left ,

Infaq Waqaf Asrama HALUAN Penyayang (AHP)

Raised: RM7,665.00 / Goal: RM11,200.00

Donate Now
Tarikh Akhir: 15 Nov 2018

"Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya, Rasulullah Muhammad SAW telah bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini" - sambil Baginda menunjuk dengan kedua-dua jarinya - jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya, sebagai isyarat rapatnya mereka dan duduk bersama-sama Rasulullah SAW di dalam syurga). [Hadis Riwayat Bukhari]  
AHP adalah sebuah pusat jagaan anak-anak yatim yang telah dibangunkan oleh HALUAN sejak tahun 2006. Sehingga kini, AHP mampu menampung 30 orang pelajar sekolah rendah & menengah dalam satu-satu masa. Sumbangan & tajaan masyarakat prihatin kepada AHP amat-amat diperlukan bagi melancarkan pengurusan AHP supaya anak-anak ini boleh membesar dalam persekitaran yang terdidik & kondusif
 
AHP kini dalam keadaan yang memerlukan peralatan pejabat yang baru. Peralatan sedia ada seperti Sofa, Meja Pejabat, Set Meja Mesyuarat dan karpet amat-amat uzur. Usianya mencecah lebih 12 tahun dan berlaku pelbagai kerosakan. Peralatan baru ini perlu bagi memperkemaskan perjalanan pengurusan AHP yang lebih kondusif dan ruang kerja yang baik bagi staf AHP dalam mendidik anak-anak yatim di sini.
  Hubungi:
  • Alamat: Asrama HALUAN Penyayang (AHP), Lot 4213, Kampung Bukit Naga, Shah Alam
  • Emel: asrama.penyayang@haluan.org.my
  • Hotline: +60103005141
  • Pejabat: +60389268892