fbpx

Beg Sekolah Untuk Yaman

Beg Sekolah Untuk Yaman
23 Donors

-216 Days Left

Beg Sekolah Untuk Yaman

Raised: RM3,312.00 / Goal: RM3,300.00

Donate Now
Lebih lapan tahun hidup dalam konflik dan peperangan, kanak-kanak Yaman menjadi mangsa tidak berkesudahan. Laporan International Committee of The Red Cross (ICRC) dan UNICEF menyebut lebih dua juta kanak-kanak tidak bersekolah, lebih empat juta lagi memerlukan dukungan dan bantuan untuk meneruskan pendidikan, dan sekurang-kurangnya 20% sekolah terpaksa ditutup.
Yaman yang sering disebut sebagai "Negeri Seribu Wali" adalah bumi tempat ilmu bersemai, bumi yang istimewa sebagaimana disebut dalam banyak riwayat hadis.
Suatu ketika, cerita Jubair bin Muth’im, kami bersama Rasulullah SAW dalam sebuah perjalanan antara Mekah dan Madinah. Ketika itu Nabi bersabda, “Hampir-hampir bangsa Yaman melebihi kalian. Mereka bak segumpal awan. Mereka adalah sebaik-baik penduduk bumi.” (HR. Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam Al-Baihaqi).
Rasulullah SAW juga secara khusus mendoakan penduduk Yaman, “Ya Allah... berkatilah kami pada negeri Syam kami. Ya Allah... berkatilah kami pada negeri Yaman kami.” (HR. Bukhari dan Ahmad)
Anak-anak Yaman perlukan bantuan kita, agar tidak terus terbiar tanpa pendidikan dan harapan. HALUAN mengambil inisiatif bagi mendukung keperluan pendidikan anak-anak Yaman, dengan kempen membekalkan beg, alat tulis serta keperluan persekolahan yang lain kepada 1,000 pelajar yang amat memerlukan.
Ayuh kita bersama membantu pembinaan semula kekuatan untuk generasi masa depan Yaman.