fbpx

Bantuan Kebakaran Al-Irfan

Bantuan Kebakaran Al-Irfan
60 Donors

-222 Days Left

Bantuan Kebakaran Al-Irfan

Raised: RM4,302.00 / Goal: RM4,300.00

Donate Now
Al-Irfan Integrated Academy yang terletak di daerah Garissa, Kenya, adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan pendidikan integrasi dalam kursus-kursus profesional dan pengajian Islam hingga ke peringkat diploma kepada masyarakat minoriti Islam di negara Afrika Timur itu. Sebahagian daripada pelajarnya adalah anak-anak muda pelarian Somalia.
HALUAN menjalin kerjasama dengan Al-Irfan Integrated Academy sejak tahun 2015, di mana pihak mereka telah membantu urusan pengumpulan data dan maklumat serta menyediakan kemudahan logistik dalam misi-misi bantuan kemanusiaan HALUAN semasa kemuncak peperangan saudara di Somalia dan seterusnya semasa ibadah korban di kem-kem pelarian di Kenya dan Somalia.
Dalam kejadian kebakaran dua blok asrama pelajar pada 7 Julai lepas, binaan bangunan termasuk dinding dan bumbung rosak teruk, manakala perabot dan kelengkapan seperti katil, tilam, almari, kelambu dan seumpamanya telah musnah sama sekali. Nilai kerosakan atau kemusnahan adalah lebih US$16,000.
Dengan ini, HALUAN mengajak masyarakat prihatin membantu Al-Irfan Integrated Academy membina semula kemudahan asrama ini demi kelangsungan pengajian pelajar mereka, yang rata-ratanya berasal daripada keluarga miskin dan terpinggir.
Berikut adalah perincian kos yang diperlukan:
  1. Pembinaan semula blok asrama yang terbakar – RM40,000
  2. Pembelian katil dan tilam pelajar – RM15,000
  3. Pembelian perabot dan kelengkapan pelajar- RM20,000