fbpx

AHP Back 2 School

AHP Back 2 School
27 Donors

-1767 Days Left

AHP Back 2 School

Raised: RM6,867.00 / Goal: RM4,320.00

Donate Now
Tarikh Akhir: 31 Januari 2020
Sesi persekolahan 2020 akan bermula tidak lama lagi. Ibubapa mula sibuk membeli peralatan sekolah demi anak-anak tercinta.
Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai ibu atau bapa? Bagaimana pula dengan mereka yang berasal dari keluarga yang miskin? Sudikah kita menjadi sebahagian dari mereka yang membela nasib pelajar-pelajar ini?
Kempen Back 2 School ini adalah salah satu kempen Asrama HALUAN Penyayang yang mengumpulkan sumbangan bagi pembelian peralatan persekolahan yang baru untuk pelajar seramai 32 orang di asrama ini. Hanya 4 perkara asas yang disasarkan iaitu baju sekolah, kasut, beg dan peralatan lain.
Asrama HALUAN Penyayang adalah sebuah rumah perlindungan anak-anak yatim dan miskin. Rumah perlindungan ini berusaha untuk menyelamatkan anak-anak ini daripada terus kekal di dalam nasib yang begitu malang. Anak-anak yang dipilih daripada keluarga yang miskin dari seluruh Malaysia ditempatkan di sebuah kawasan wakaf di Bukit Naga, Shah Alam. Tanpa mengenakan sebarang yuran dan bayaran, anak-anak ini diberikan perlindungan tempat tinggal, makan minum dan pelajaran.
Marilah kita menjadi antara tangan-tangan yang menyantuni mereka. Kerana mereka juga adalah anak-anak kita.
Hubungi:
Alamat: Asrama HALUAN Penyayang (AHP), Lot 4213, Kampung Bukit Naga, Shah Alam
Emel: asrama.penyayang@haluan.org.my
Hotline: +60103005141
Pejabat: +60389268892