Artikel

Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaza (CMT-LL4G) Malaysia akan Adakan Sidang Media 3.00 Petang Ini

Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaza (CMT-LL4G) Malaysia akan Adakan Sidang Media 3.00 Petang Ini

Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, …

Kenyataan Media Pengurusan Krisis LL4G Malaysia Seru Kerajaan Mengutuk Serangan Israel Ke Atas Flotilla

KENYATAAN MEDIA Isnin 31hb Mei 2010 GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza; 1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah …

Al Quran dan Solat Memberi kekuatan Kepada Kami: Aktivis Konvoi Armada

Al Quran dan Solat Memberi kekuatan Kepada Kami: Aktivis Konvoi Armada

29 Mei – Aktivis Muslim yang menyertai rombongan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza atau Freedom Flotilla tetap tegar dan bersemangat meneruskan misi walau apapun terjadi. Sdr Noorazman Shamsudin yang juga merupakan Ketua Delegasi Bagi Malaysia dan Indonesia menyatakan bahawa para aktivis sudah bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku, khususnya ancaman dari tentera udara dan laut …

Israel Semakin Hampir Merobohkan Masjid Al Aqsa

Yayasan Aqsa untuk Warisan dan Amal (AFEH) mengatakan bahawa pihak berkuasa penjajah Israel (IOA) sedang giat melakukan penggalian baru di sebelah barat Masjid Al-Aqsa, di wilayah yang dikenal dengan nama Kolam Sultan. Dalam kenyataan yang diterbitkan pada Selasa (25/5), AFEH mengatakan IOA mendakwa telah menemui “barang peninggalan” dari era “kuil kedua” dan oleh kerana itu …

Tahanan Palestin Di Penjara Israel Terus Dianiaya

Tahanan Palestin Di Penjara Israel Terus Dianiaya

25 Mei – Pusat Hak Asasi Manusia Al Mezan pada hari Isnin (24/5) mengutuk kelulusan Mini-Kabinet Israel pada hari Ahad atas peruntukan ‘Shalit Law Bill ‘, yang menetapkan langkah-langkah lebih keras ketika dalam penahanan terhadap tahanan Palestin di penjara-penjara Israel. Al Mezan menyeru untuk memperhebat usaha-usaha antarabangsa bagi menghapuskan undang-undang ini kerana melanggar hak asasi …

Kenyataan Angkuh Kementerian Luar Israel: Kapal-kapal Yang Menuju ke Gaza Tidak Boleh Membantu Apa-Apa

Kenyataan Angkuh Kementerian Luar Israel: Kapal-kapal Yang Menuju ke Gaza Tidak Boleh Membantu Apa-Apa

25 Mei – Israel terus memberi amaran akan menyekat perjalanan misi kemanusiaan yang membawa sembilan buah armada kapal yang mengangkut sekitar 700 aktivis pro-Palestin antarabangsa dan bekalan daripada menghampiri Gaza pada akhir bulan ini. “Kapal-kapal yang menuju ke Gaza tidak melakukan apa-apa untuk membantu orang di sana,” kata Yigal Palmor, juru bicara Kementerian Luar Negeri …

InsyaAllah Kami Akan Tiba Di Gaza, Walaupun Dengan Berenang!

ISTANBUL, 23 Mei — “Meskipun diancam oleh Israel, kami tetap akan berusaha menuju ke Gaza, walaupun kami terpaksa harus berenang ke pantai. Begitulah ungkapan luarbiasa yang disampaikan oleh wakil LL4G dari kawasan Asia Tenggara, Noorazman Mohd Shamsuddin dari HaluanPalestin Malaysia, saat upacara besar melepaskan keberangkatan kafilah kapal kemanusiaan Lifeline for Gaza di dermaga Sarayburnu, Istanbul, siang tadi …

Temubual wakil LL4G Malaysia Bersama wakil IHH Yang Baru Dibebaskan dari Penjara Israel

AlhamdulliLlah kami telah berkesempatan mengunjungi  İzzet Şahin’i, wakil IHH di Tebing Barat yang baru dibebaskan dari penjara Zionis Israel. Banyak perkara yang sempat kami bincang walaupun jadual beliau begitu ketat akibat kerja-kerja tertunggak ekoran daripada tahanan tersebut. Kami juga merasa amat teruja dengan kesungguhan beliau membahagikan masa untuk kerja dan juga keluarga dalam kesibukan kerja-kerja amal …

Konvoi LL4G Malaysia Berangkat

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Konvoi Lifeline4Gaza dari Malaysia selamat berlepas ke Turki jam 12.30 tengah malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Konvoi ini diketuai oleh Noorazman Mohd Samsuddin yang juga merupakan Pengerusi Biro Haluan Palestin dan Pengarah Projek Lifeline4Gaza. Konvoi antarabangsa yang melibatkan wakil NGO dari 50 buah negara ini membawa …

Sukarelawan LL4G Malaysia Tiba di Istanbul Untuk Misi ke Gaza

Alhamdulillah, syukur kerana kami telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kamal Atarturk, Istanbul pada jam 6:08 pagi waktu tempatan, iaitu bersamaan jam 11:08 pagi waktu Kuala Lumpur. Penerbangan terus dari KLIA ke Istanbul ini telah mengambil masa selama 10 jam 10 minit. Cuaca di Istanbul agak sejuk, 14 hingga 16 darjah Celcius. Mereka di …