Program Ramadan Bersama Huffaz 1439H

Loading Events
  • This event has passed.
Program Ramadan Bersama Huffaz 1439H
Events Details
#
Date

16 May 2018

#
Venue

Seluruh Malaysia

Program Huffaz

Untuk tahun ke lapan berturut-turut, HALUAN sekali lagi menganjurkan program “Ramadan Bersama Hufaz Palestin-Syria” bagi meningkatkan lagi imarah Ramadan dengan membawa imam dan hufaz yang terpilih dari negera-negara berkenaan ke masjid dan surau tuan-puan.

Para imam dan hufaz ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri, dengan menghafal al-Quran ketika berhadapan dengan berbagai ujian, penindasan dan kemungkaran ke atas umat Islam di tempat mereka, namun tetap istiqamah dengan akhlak dan amal kebaikan yang diajarkan oleh Quran.

Dengan kehadiran mereka sepanjang bulan barakah yang terhad ini, HALUAN mengatur berbagai program untuk masyarakat umum.

JEMPUTAN DIBUKA

Anda boleh menjemput mereka sebagai:-

  1. Solat Terawik atau Program Qiyamullail
  2. Klinik Pengajian Khas dan Tahsin Al Quran Surah-surah Pilihan
  3. Menyampaikan Ceramah, Tazkirah & Perkongsian Pengalaman
  4. Maklumat Terkini keadaan di Palestin & Syria
  5. Pameran dan booth untuk jualan serta derma

Orang ramai boleh menjemput mereka hadir dalam program di surau, masjid, pejabat, sekolah atau majlis-majlis keramaian yang sesuai bersempena bulan yang mulia ini.

Call: +60103005141
Whatsapp: 60103005141
Pejabat: +60389268892
Fax: +60389124263
Emel: hufaz@haluan.org.my
Facebook: haluanmalaysia

Location Map