fbpx

HALUAN

Guru Tadika PPMI Sabah Ikuti Kursus Program Alim Soleh

Guru Tadika PPMI Sabah Ikuti Kursus Program Alim Soleh

LAHAD DATU, SABAH, 20 Sep 2023 – Tugasan guru tadika bukanlah satu kerjaya yang mudah. Ia memerlukan kefahaman ilmu dan kesabaran yang tinggi. Ditambah pula cabaran berada di tempat yang terpencil dan jauh dari pembangunan. Berikutan itu, pihak Alim Soleh telah menganjurkan Kursus Guru Kurikulum Program Alim Soleh di Tadika Dinamik, Lahad Datu yang melibatkan …

Sukarelawan HALUAN dan Politeknik KPT Sertai Projek Kemasyarakatan di Thailand

Sukarelawan HALUAN dan Politeknik KPT Sertai Projek Kemasyarakatan di Thailand

BANDAR BARU BANGI, 13 Sep 2023 – HALUAN sebagai sebuah NGO yang menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan, sentiasa bersedia untuk membantu dan bekerjasama dengan semua pihak atau agensi yang ingin melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam dan luar negara. Pada 1 September lepas, 33 orang pensyarah dan pelajar yang mendaftar sebagai relawan HALUAN daripada …

Majlis Cuppa Tea Peringati Al Aqsa

Majlis Cuppa Tea Peringati Al Aqsa

BANDAR BARU BANGI, 10 Sept 2023 – Majlis ‘Cuppa Tea and Book Launch’ telah berlangsung semalam di Bangi Golf Resort sebagai kesinambungan program ‘Road 2 Baitul Maqdis 2.0’ yang dianjurkan oleh HALUAN Malaysia dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim cawangan Kuala Lumpur (KTDKL). Majlis tersebut telah dihadiri seramai 270 orang. Majlis bertemakan ‘Sepetang Mengenali Al Aqsa’ merupakan …

Pemuda Orang Asli Belajar Selenggara Mesin Rumput

Pemuda Orang Asli Belajar Selenggara Mesin Rumput

AIR BANUN, GERIK, 10 Sept 2023 – Seramai lapan orang pemuda dari Kampung Air Banun dan Kampung Sungai Raba di sini telah melalui Kursus Penyelenggaraan Mesin Rumput yang dianjurkan oleh HALUAN cawangan Pulau Pinang semalam. Kursus separuh hari teori dan praktikal itu bertujuan mendidik orang asli cara yang betul untuk menjaga mesin mereka masing-masing agar …

Sukarelawan Sertai Kursus KitaMATCH Foundation

Sukarelawan Sertai Kursus KitaMATCH Foundation

AMPANG, SELANGOR , 29 Ogos 2023 – Sukarelawan HALUAN bersama beberapa rakan NGO telah menyertai kursus yang dianjurkan oleh KitaMATCH Foundation bertempat di Common Grounds Ampang di sini. Kursus ini adalah medan latihan kepada semua NGO yang terlibat untuk mempelajari sistem yang dibina oleh KitaMATCH. Ia sebagai sebuah platform demi memudahkan kerjasama koordinasi antara NGO …

Pemerkasaan Peranan Wanita Dalam Mendidik Generasi Berilmu

Pemerkasaan Peranan Wanita Dalam Mendidik Generasi Berilmu

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2023 – Lebih 150 peserta daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan jabatan Kerajaan telah hadir di program anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) Social Talk Siri Ke- 7 yang bertajuk “Wanita dan Pembentukan Malaysia Madani” di sini. HALUAN Malaysia telah diwakili dua wakil daripada Biro Wanita dan Pembangunan Keluarga (Haluanita) merangkap …

Menteri Pendidikan Puji Usaha HALUAN Sabah

Menteri Pendidikan Puji Usaha HALUAN Sabah

KUNAK, SABAH, 24 Ogos 2023 : Suatu penghargaan tinggi buat HALUAN cawangan Sabah apabila Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) ciptaannya telah dilawati oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina Sidek di Kampung Kabog dalam rangka Lawatan Tindakan Susulan Parlimen. Kehadiran YB Menteri bersama rombongan VIP disambut dengan paluan kompang, persembahan bicara berirama dan persembahan pentomen …

Sumbangan Untuk Bekas Pelajar Masuk  ke IPT

Sumbangan Untuk Bekas Pelajar Masuk  ke IPT

BANDAR BARU BANGI,  21 Ogos 2023 – Kebajikan dan keprihatinan terhadap anak yatim dan miskin adalah tuntutan Islam yang penting sehinggakan Allah SWT menggolongkan mereka yang mengherdik golongan sebegini  sebagai pendusta agama. Asrama HALUAN Penyayang (AHP) merupakan sebuah pusat jagaan anak-anak yatim dan miskin yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) …

HALUAN Jadi Keluarga Angkat Murid Orang Asli 

HALUAN Jadi Keluarga Angkat Murid Orang Asli 

GERIK, PERAK, 16 Ogos 2023 – Pencapaian membanggakan kanak-kanak orang asli yang menyertai  program pendidikan awal Edu Banun kelolaan HALUAN  kini telah membolehkan sebilangan mereka menyertai i pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan RPS Air Banun berhampiran. Hasil penat lelah usaha Kelab Guru HALUAN Pulau Pinang bawah penyeliaan Cikgu Dalmataksiah Mohd Zain berjaya melahirkan enam pelajar …

Dewan Orang Asli Berwajah Baharu

Dewan Orang Asli Berwajah Baharu

GERIK, PERAK, 6 Ogos 2023 – Dewan orang ramai masyarakat Jahai orang asli Kampung Air Banun di sini berwajah baharu bila mendapat pintu gril besi menggantikan pintu kayu dan bemban yang lama, terima kasih kepada penyumbang HALUAN dan Alumni Sains Kedah (ASSAK77). Pintu berkenaan dipasang oleh dua sukarelawan HALUAN Pulau Pinang diketuai Ustaz Abdullah Abrar …