fbpx

HALUAN

Tzipi Livni ‘Kepala” Terorisme Zionis

Jurubicara HAMAS, Fawzi Barhoum menyatakan bahawa mantan Menteri Luar Negara Israel, Tzipi Livni adalah “kepala” dari terorisme Zionis kerana perbuatan jenayahnya atas perang di Jalur Gaza. Fawzi Barhoum mengatakan demikian atas kenyataan Livni yang menolak setiap perundingan atau kesepakatan gencatan senjata Israel dengan Hamas.  Fawzi Barhoum juga menggambarkan Livni sebagai penjahat perang mengepalai sebuah geng …

Haniyya: Kami Tidak Akan “Menjual” Darah Syuhada

1 Sept – Ismail Haniyya, Perdana Menteri bagi kerajaan Gaza, menyatakan yang amanah kerajaannya yang diberikan oleh rakyat Palestin adalah “supaya tidak melepaskan hak penduduk Palestin ke atas Baitul Maqdis, agar tidak menjual darah syahid yang membela Palestin, dan agar tidak mengiktiraf entiti Zionis”. Haniyya menambah bahawa rintangan dan kemenangannya terhadap serangan Israel di Gaza, …

Muammar Gadhafi: Israel Dalang Krisis di Afrika

Laporan Berita AFP dari Tripoli, Muammar Gadhafi,  pada Isnin (31/8) menuduh Israel berada di sebalik pelbagai krisis dan konflik di Afrika. Menurut Gadhafi, Israel terlibat dalam semua konflik di Afrika dan seluruh kedutaan besar regim itu di benua ini harus dibubarkan. Kenyataan Gadhafi ini disampaikan pada acara pembukaan Sidang Darurat Kesatuan Afrika di Tripoli untuk membahaskan krisis …

Pendudukan haram Yahudi di Baitul Maqdis akan diteruskan: Menteri Israel

Pendudukan haram Yahudi di Baitul Maqdis akan diteruskan: Menteri Israel

2 Sept – Seorang Menteri Israel, Yossi Peled, dari Parti Likud yang diketuai oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menyatakan pada Selasa (1 Sept) bahawa kerajaan Israel tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membekukan pembinaan dan pengembangan penempatan penduduk Yahudi di Baitul Maqdis, dan menambah bahawa Yahudi akan meneruskan kehidupan mereka dan membina penempatan baru di dalam dan …

Mantan PM Israel Hadapi Skandal Rasuah dan Penyalahgunaan Wang

Mantan PM Israel Hadapi Skandal Rasuah dan Penyalahgunaan Wang

Ehud Olmert, mantan Perdana Menteri Yahudi Israel sehingga Mac 2009, telah didakwa pada Ahad lepas berkenaan tuduhan rasuah, pecah amanah, penipuan, pengelakan cukai pendapatan, menerima rasuah dan sejumlah caj-caj lain.Olmert yang bertanggungjawab terhadap deretan serangan kejam oleh tentera Israel ketika dia menjadi Perdana Menteri sehingga Januari 2009 dan menyebabkan pencerobohan tentera Yahudi ke Semenanjung Gaza …

Perkhemahan Musim Panas Pasca Serangan di Ghaza Untuk Wanita OKU

Perkhemahan Musim Panas Pasca Serangan di Ghaza Untuk Wanita OKU

HAMAS telah mengadakan program perkhemahan musim panas pasca serangan di Ghaza khusus untuk kaum Hawa yang menjadi mangsa akibat kekejaman serangan Yahudi Israel. Sasaran peserta adalah terdiri daripada kalangan para wanita yang mengalami kecederaan dan kecacatan di pantai Laut Ghaza akibat serangan Yahudi Israel. Dalam acara tersebut telah di isi dengan pelbagai pengisian, permainan dan …

Wanita Palestin, Dibebas dan Di Tangkap Semula

Pada hari Sabtu (29/8) kelmarin, pasukan pendudukan Israel (IOF) menangkap tujuh warga Palestin dari pelbagai wilayah Tebing Barat termasuk seorang wanita muda berhampiran Nablus yang sebelumnya baru dibebaskan dari penjara oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas, yang juga pemimpin Fatah. Wanita tersebut adalah Ghufran Al-Zamel yang beberapa kali telah merasakan penderitaan di dalam tahanan penjara Israel. Sumber-sumber …

Pembongkaran Penjualan Organ Pemuda Palestin: Israel Saman Akhbar Sweden

Israel berusaha menutup pembongkaran isu penjualan organ badan pemuda Palestin apabila menuntut pampas an sejumlah  $7.5 juta terhadap laporan sebuah akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ di mana wartawan mereka telah mendakwa yang tentera Israel telah memotong  organ-organ pemuda Palestin selepas menembak mati mereka. Sebelum ini, akhbar ‘Haafton Bladet’ telah melaporkan bahawa terdapat kewujudan suatu perniagaan organ …

Isu Kecurian Organ Pemuda Palestin: Pusat HAM Swirtzerland Menyeru Israel Di Heret Ke Mahkamah Antarabangsa

Pusat Hak Asasi Manusia Swirtzerland meminta beberapa buah organisasi antarabangsa Hak Asasi Manusia dan WHO mengadakan respon secepatnya berikutan laporan akhbar Sweden tentang tindakan sejumlah tentera Zionis yang mencuri organ tubuh para pemuda Palestin yang terbunuh di kota Palestin. Dalam keterangannya pada hari Selasa lalu(25/8), Pusat Hak Asasi Manusia Swirtzerland menyebutkan, sejumlah wartawan di akhbar …