fbpx

HALUAN

Solidariti NGO di Perhimpunan Perdana Palestin

Solidariti NGO di Perhimpunan Perdana Palestin

SHAH ALAM, 8 Mei – Hampir 10,000 orang telah hadir dalam Perhimpunan Perdana Palestin yang dianjurkan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) bersama-sama dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Global …

Naib Presiden IHH Turki Kunjungi Pejabat Biro HALUAN Palestin

SUBANG PERDANA, 9 Mei: Naib Pengerusi  Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) Turki, Hussain Oruz telah berkunjung ke Pejabat Operasi Biro HALUAN Palestin bersama-sama dengan Syeikh Abu Ahmad, Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin.  Kehadiran kedua-dua tokoh ini telah disambut oleh Dr. Abdullah Sudin bin Abd. Rahman, Presiden HALUAN Malaysia dan Tn. Hj. Noorazman Mohd. Samsuddin, …

Askar Israel Telah Menangkap 65 Warga Palestin Daerah al-Khalil Pada Bulan April

Pasukan Pendudukan Israel (IOF) telah menangkap 65 orang warga Palestin di daerah Al-Khalil pada April sahaja termasuk seorang ibu dari empat orang kanak-kanak, demikian dilaporkan oleh Persatuan Tawanan Palestin (PPA). PPA mengatakan dalam laporan bulanan yang diterbitkan pada hari Isnin lalu bahawa tentera IOF menggunakan anjing polis dalam serangan mereka di rumah Al-Khalil untuk menakutkan …

Ayuh Bersatu Ke Perhimpunan Menerobos Tembok Kematian

Ayuh Bersatu Ke Perhimpunan Menerobos Tembok Kematian

Sudah sampai saatnya bagi umat Islam untuk menghentikan sekatan jahat dan keji yang dilakukan oleh Yahudi Israel terdapap umat Islam di Palestin. Kita harus berdiri dengan sikap tegas tanpa melupakan matlamat asasi kita dalam memperoleh redha Allah swt. Dan hendaklah seluruh pertubuhan masyarakat untuk bergerak dan bekerja dengan memanfaatkan kecerdasan akal mereka untuk melakukan pelbagai …

Cendekiawan Yahudi Pro Israel Protes Polisi Pendudukan Haram Israel

3 Mei –  Sekitar 3000 Cendekiawan Yahudi Eropah pro Israel mengeluarkan kenyataan pada akhir minggu ini menyeru agar Israel menghentikan pembangunan pemukiman di Tebing Barat termasuk di Jerusalem timur. Seruan tersebut akan disampaikan pada pertemuan Parlimen Eropah di Brussels pada hari Isnin (3 Mei) ini bertujuan untuk membolehkan suara Yahudi untuk didengar dengan jelas oleh …

Ahli Parlimen Kuwait Tiba Di Gaza Dalam Misi Amal

2 Mei, Seramai 5 orang delegasi kalangan ahli parlimen dari Kuwait telah tiba di Gaza pada hari Ahad, 2 Mei yang lalu. Kunjungan mereka adalah dalam rangka mengadakan perbincangan bagi menjayakan  projek-projek amal yang dibiayai Kuwait. Kumpulan delegasi tersebut diketuai oleh MP Abdul Muhsen Al-Qattan. Beliau mengatakan bahawa para delegasi tersebut akan melawat pusat Qatan …

Tembok Pemisah Binaan Isral Penjara Terbesar Dunia

Tembok Pemisah Binaan Isral Penjara Terbesar Dunia

Pada 20 Februari, 2005, kerajaan Israel telah meluluskan usul untuk membina Tembok Pemisah di Tebing Barat. Tembok yang bertemakan pemisahan, pengasingan dan memberikan kesan drastik kepada penduduk di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Merujuk kepada rancangan itu, Tembok Pemisah adalah sepanjang 645 km di Tebing Barat. Selepas tembok ini siap, ia akan memisahkan 565km2 di …

Sekolah-sekolah di Kluang Turut Merasai Bahang Lifeline 4 Gaza

KLUANG, JOHOR, 21 April – HALUAN Palestin terus menggiatkan kempen memberi kesedaran dan kutipan dana bagi projek Lifeline 4 Gaza dengan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah di daerah Kluang. Tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Arab Kluang, Sekolah Menengah Agama Kluang dan Sekolah Menengah Sains Johor telah menjemput wakil-wakil HALUAN Palestin menyampaikan penerangan kepada guru-guru dan …

Warga Seberang Jaya, P.Pinang Turut Prihatin Terhadap Kesengsaraan Rakyat Gaza

Permatang Pauh, 18 April – Masyarakat di Seberang Jaya tanpa mengira bangsa dan agama bersatu menzahirkan keprihatinan mereka terhadap rakyat Gaza yang sedang berhadapan dengan krisis kemanusiaan akibat kekejaman rejim Zionis Israel. Mereka menyokong dan membantu usaha konvoi bantuan melalui projek “Lifeline 4 Gaza” dengan menghulurkan bantuan dana di samping menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan …

Pelajar Maahad Di Pahang Berkongsi Informasi Projek Lifeline4Gaza

Penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin di Gaza yang dipaparkan melalui program roadshow “Lifeline 4 Gaza” talian hayat untuk Gaza, menerobos tembok kematian, oleh HALUAN Palestin turut dikongsi dan dirasai bersama oleh pelajar-pelajar sekolah di Negeri Pahang. Isu Palestin ini bukan sahaja perlu didedahkan kepada masyarakat umum, namun perlu juga didedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah bagi meningkatkan …