Dengan kepulangan 10 huffaz Palestin ke tanah air mereka pada 28 Ogos yang lalu dari lapangan terbang KLIA bermakna berakhirlah Program Keinsafan Ramadan Bersama Huffaz Palestin untuk sesi tahun 1432 Hijrah. Pemergian mereka bukan hanya mengakhiri sebuah lagi program kesedaran bagi masyarakat di Malaysia, malahan telah meninggalkan satu inspirasi baru untuk meneruskan perjuangan pembebasan bumi …