Tawajuh di Bulan Ramadan
Tiada suatu yang nikmat daripada boleh duduk sendirian selepas sehari kerja yang meletihkan.
Ramadan ialah tempoh rehat dan tenang di tengah 11 bulan yang lain.
Hati dapat tawajuh sendirian jauh daripada drama kebendaan dan tipuan nafsu.
Allah SWT mencipta malam sebagai pemisah antara dua siang. Tidur sebagai pemisah waktu berjaga.
Ramadan pemisah dan tempoh bertenang selepas bergelumang dengan dunia dan kebendaan yang mengkasari jiwa.
Ramadan bangunkan jiwa daripada keletihan, merdekakan daripada segala tuntutan zahir dan kebendaan.
Jadilah jiwa bernafas, segar dengan adanya pemisah itu.
Kebiasaan pada zaman awal Islam ialah banyak bersendirian, banyak berjauhan daripada orang ramai semasa Ramadan untuk beribadah siang dan malam. Itulah juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Tawajuh dari segi bahasa ialah menghadap. Dari segi istilah tasawwuf beerti pentalkinan atau pembacaan zikir oleh mursyid atau syeikh kepada muridnya secara berhadapan.
#StayAtHome
#KitaJagaSemua
#SejutaBarakahRamadan
__
Donate to Sejuta Barakah Ramadan
#StayAtHome – Lakukan Sedekah Dengan Lebih Selamat & Mudah Secara Dalam Talian
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my