fbpx

Kem Pesona Untuk Anak-anak Asnaf

Kem Pesona Untuk Anak-anak Asnaf

Kem Pesona Untuk Anak-anak Asnaf

SUBANG JAYA, 07 Okt 2023 – Haluanita Negeri Sembilan bersama Musollah Az-Zahra, Subang Jaya telah berganding melaksanakan Kem Personaliti Remaja Putri atau dikenali sebagai Kem PESONA buat 34 orang anak-anak asnaf perempuan yang berumur 13 hingga 16 tahun di sini.

Kem Pesona ini bertujuan membina akhlak, jati diri serta memotivasi anak-anak asnaf ini agar mereka terinspirasi menjadi generasi remaja yang berbakti kepada agama bangsa dan negara.

Bagi menjayakan kem ini, kos makanan dan penginapan telah ditaja sepenuhnya oleh Pengerusi Musollah Az-Zahra, Datin Zainorazua Zainun yang juga merupakan perasmi dan penyampai kem ini. Haluanita Negeri Sembilan sangat berterima kasih atas sumbangan yang tidak ternilai harganya ini.

Anak asnaf yang terlibat turut menerima duit zakat RM150 seorang bersama cenderahati  semasa majlis penutupan diadakan.

Laporan Puan Umi Nadzrah Ali Othman

Biro HALUANITA Negeri Sembilan