fbpx

Berita

Ayuh Tawan Puncak Gunung Jerai

Ayuh Tawan Puncak Gunung Jerai

GURUN, KEDAH, 25 Jun 2022 – Pendokong kelab H1KERS bawah Biro Sukan dan Rekreasi HALUAN telah menganjurkan ekspedisi mendaki Gunung Jerai. Seramai 26 orang peserta dan 4 orang juru pandu telah menyertai ekspedisi ini. Ia  bermula dengan pengenalan oleh Pengarah Program,  Encik Mohd Diah Hamdan serta taklimat ringkas oleh ketua juru pandu, Encik Mohamad Harisan …

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H

“Semoga Allah menerima amal kami dan kalian.” HALUAN ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Allah SWT merahmati, memberi keampunan dan meredhai segala amalan kita yang lalu. Semoga kita lahir kembali dalam keadaan fitrah dan suci bersih dari dosa-dosa. Maaf zahir dan batin daripada ahli, sukarelawan & warga kerja HALUAN.

YTM Tunku Puteri Mencemar Duli Melawat RCEC

YTM Tunku Puteri Mencemar Duli Melawat RCEC

ALOR SETAR, 27 Apr 2022 – HALUAN menjunjung kasih kepada YTM Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Al Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzham Shah, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di atas kesudian mencemar duli melawat pusat pendidikan HALUAN, Rohingya Community Educare Center (RCEC) di Jalan …

Penduduk B40 dan Asnaf Jalan Kebun Dapat Pek Makanan 

Penduduk B40 dan Asnaf Jalan Kebun Dapat Pek Makanan 

SHAH ALAM, 24 April 2022 – HALUAN dengan kerjasama Kariah Surau Ar Rahman, Lorong Haji Said, Jalan Kebun di sini telah menyumbang 50 pek makanan kepada penduduk B40 dan asnaf kariah berkenaan. Bakul Makanan ini adalah sumbangan daripada Koperasi Pembangunan Penduduk Jalan Kebun Berhad yang prihatin terhadap nasib golongan ini. Penyerahan telah dibuat oleh Bendahari …

HALUAN Santuni Anak Yatim & Keluarga di Skudai

HALUAN Santuni Anak Yatim & Keluarga di Skudai

SKUDAI, 23 April 2022 – HALUAN bersama Masjid Abidin dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah mengagihkan bantuan sempena Ramadan Al Mubarak 1443H dan ketibaan Aidilfitri kepada 40 orang anak-anak yatim daripada 14 keluarga di sekitar Masjid Abidin Taman Sri Skudai. Majlis tersebut telah disempurnakan selepas solat asar dan turut dihadiri oleh Naib Presiden …

Pek Makanan Untuk Penduduk Pangsapuri Rimau Indah

Pek Makanan Untuk Penduduk Pangsapuri Rimau Indah

SHAH ALAM, 19 Apr 2022 – HALUAN telah menyumbang 30 pek makanan sempena Ramadan bagi meringankan keluarga B40 yang kurang berkemampuan sekitar pangsapuri Rimau Indah. Sumbangan ini adalah hasil daripada sumbangan daripada masyarakat keluarga Malaysia yang prihatin. Penyerahan telah dibuat oleh NYDP4 HALUAN Selangor, Kluster Kebajikan dan Kemanusiaan, Encik Khairuddin Hamzah. Majlis yang diadakan di …

Lawatan Sistem Pondok Bangkitkan Semangat Tuntut Ilmu 

Lawatan Sistem Pondok Bangkitkan Semangat Tuntut Ilmu 

K. TERENGGANU, 3 Mac 2022   – HALUAN dengan kerjasama Koperasi Muslimin Malaysia Berhad telah mengadakan “Program Ziarah Tarbawi: Pondok Ke Pondok” yang bertempat di Kelantan dan Terengganu.  Program selama 3 hari 4 malam ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta tentang sistem pendidikan dan suasana pembelajaran agama di pondok-pondok berkenaan. Peserta terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan HALUAN …

HALUAN Masuki Syria – Misi Bantuan Musim Sejuk 

HALUAN Masuki Syria – Misi Bantuan Musim Sejuk 

BANDAR BARU BANGI, 1 Mac 2022 – Bulan ini menyaksikan perubahan cuaca di negara Syria dan negara bersempadan dengannya seperti Turki dan Lubnan. Ribut salji masih melanda beberapa kawasan di negara tersebut. HALUAN hanya mula menggerakkan bantuan musim sejuk untuk pelarian Syria dan Palestin pada bulan Mac ini setelah menyelesaikan bantuan kepada mangsa banjir dalam …

Pelajar Sekolah Agama Terima Sumbangan Wang

Pelajar Sekolah Agama Terima Sumbangan Wang

TEMERLOH, 11 Feb 2022 – Seramai 107 pelajar Sekolah Rendah Agama Islam At-Taqwa, Temerloh, Pahang yang terkesan banjir gembira dan bersyukur selepas menerima sumbangan daripada HALUAN dalam majlis sederhana di pekarangan sekolah mereka semalam. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Naib Presiden 4 (Kluster Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN), Dr. Baharudin Suri disaksikan oleh Guru Besar, Ustaz …

Lagi Bantuan Pelajar Mangsa Banjir

Lagi Bantuan Pelajar Mangsa Banjir

HULU LANGAT, 10 Feb 2022 –  HALUAN dan Yayasan Hasanah telah menyampaikan sumbangan kepada 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Lubok Kelubi di Batu 19 di sini yang terkesan kerana banjir besar dua bulan lepas. Sumbangan itu telah disampaikan kepada pelajar-pelajar tersebut oleh Timbalan Yang di-Pertua HALUAN Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Roseli Dol dengan disaksikan oleh …