fbpx

Archive for Februari, 2019

Kunjungan Hormat HALUAN – Yayasan Emkay

Kunjungan Hormat HALUAN – Yayasan Emkay

AIR BANUN, GRIK, 25 Feb 2019 — Bagi merapatkan hubungan kerjasama korporat bersama agensi swasta, HALUAN Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Emkay baru-baru ini. Rombongan HALUAN disambut penuh mesra oleh Ketua Pengawai Eksekutif Yayasan Emkay, Puan Zainon Kassim. Pertemuan yang melibatkan seramai enam orang ahli HALUAN ini diketuai oleh YDP HALUAN …

HALUAN &  SEAHUM Tingkatkan Agenda Kemanusiaan Serantau

HALUAN & SEAHUM Tingkatkan Agenda Kemanusiaan Serantau

YOGYAKARTA, 23 Feb 2019 – SEAHUM, atau Southeast Asia Humanitarian Committee, sebuah gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari pelbagai negara ASEAN telah mengadakan mesyuarat agung kali ke-3 di Yogyakarta, Indonesia dari 21 hingga 23 lepas. HALUAN turut menghantar wakil menghadiri mesyuarat tersebut. SEAHUM telah ditubuhkan pada tahun 2012 di atas kesepakatan beberapa buah NGO kemanusiaan …

HALUAN Santuni Wanita Donggala

HALUAN Santuni Wanita Donggala

BANDAR BARU BANGI, 12 Feb 2019 – Relawan HALUANITA telah melaksanakan sesi pertemuan khusus bersama para ibu dan anak-anak warga dari Rumah HALUAN Prihatin (RHP) Kelurahan Ganti sebaik sahaja selesai Majlis Perasmian Penyerahan RHP oleh Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman. Timbalan Ketua Biro HALUANITA, Puan Umi Nadzrah Ali Othman melahirkan setinggi kesyukuran yang …

HALUANITA Pulih Ekonomi Wanita Donggala

HALUANITA Pulih Ekonomi Wanita Donggala

DONGGALA, SULAWESI, 11 Feb 2019 – HALUAN amat komited dan prihatin dalam mendampingi wanita Donggala untuk kembali melaksanakan aktiviti pemulihan ekonomi di sini akibat kehidupan mereka yang terjejas teruk sejak gempa dan tsunami yang melanda wilayah itu September 2018 lepas. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan masyarakat yang terkesan akibat bencana gempa, tsunami dan likuifaksi …

LIMA Pesanan Presiden HALUAN

LIMA Pesanan Presiden HALUAN

DONGGALA, SULAWESI, 11 Feb 2019 – Kehadiran Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman di Sulawesi dengan kesempatan yang ada telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh jemaah Masjid Raya, Donggala, Sulawesi. Dalam sesi kuliah maghribnya, Dr. Abdullah telah menjelaskan bahawa proses pembangunan negara yang berpaksikan barat tidak mampu membangunkan negara Islam. Model pembangunan berteraskan barat ini dikira …

Rumah HALUAN Prihatin Bawa Sinar Baharu Buat Donggala

Rumah HALUAN Prihatin Bawa Sinar Baharu Buat Donggala

DONGGALA, SULAWESI, 11 Feb 2019 – Pembinaan Rumah HALUAN Prihatin di bandar ini dilihat memberi sinar baharu buat mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, 28 September lalu. Rumah sementara yang dikelolakan HALUAN ini merupakan projek bantuan rumah  sementara (huntara) terbesar dalam misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke kawasan yang terkesan akibat musibah …

Akhirnya, HALUAN Masuki Kem Pelarian  PALESTIN-SYRIA

Akhirnya, HALUAN Masuki Kem Pelarian PALESTIN-SYRIA

BEIRUT, 10 Feb 2019 – Kegagalan beberapa cubaan sejak beberapa tahun lalu untuk memasuki kem pelarian Ain Al Hilweh di sini akhirnya tertebus baru-baru ini setelah pasukan sukarelawan HALUAN berjaya memasuki kem tersebut diiringi oleh Ummu Romi, wakil HALUAN di Lubnan. Prosidur keselamatan yang ditetapkan oleh pihak pemerintah Lubnan adalah sangat ketat sehinggakan hampir mustahil …

Keceriaan di Kem Pelarian Balukhali

Keceriaan di Kem Pelarian Balukhali

BANDAR BARU BANGI, 10 Feb 2019 – HALUAN meneruskan Misi Kemanusiaan Rohingya di Kem Balukhali, Cox’s Bazaar dengan penghantaran dua orang sukarelawannya dari 2 hingga 5 Februari lepas. Usaha ini sebahagian daripada kerjasama dalam projek Sinar4Rohingya (S4R) dengan memfokuskan bantuan kebajikan dan pemantapan projek jangka panjang pendidikan, Educare Centre. Misi kali ini disertai Ketua Biro …

Sumbangan Telaga Tiub Gembirakan Pelarian Rohingya

Sumbangan Telaga Tiub Gembirakan Pelarian Rohingya

BANDAR BARU BANGI, 9 Feb 2019 – HALUAN meneruskan Misi Kemanusiaan Rohingya dengan menfokuskan bantuan kebajikan kepada pembinaan Tube Well dan pemantapan projek jangka panjang pendidikan, Educare Centre di Kem Balukhali, Cox’s Bazar. Melalui program misi Kemanusiaan pada 2 hingga 5 Februari 2019, dua orang sukarelawan HALUAN iaitu Ketua Biro Pemuda, Encik Hasri Ahmad, dan …

Walimatul Urus Pasangan Pengantin Orang Asli

Walimatul Urus Pasangan Pengantin Orang Asli

AIR BANUN, GERIK,  9 Feb 2019 – HALUAN dalam usaha meneruskan hubungan ukhuwah turut memeriahkan upacara angkat nikah serta jamuan kenduri untuk dua pasangan mempelai orang asli di Kampung Sungai Raba di sini. Aktivis Kemanusiaan HALUAN, Ustaz Fazlon Abd Rahim telah mewakili HALUAN dalam majlis tersebut. HALUAN diberikan penghormatan untuk menyediakan hidangan meja pengantin untuk …