Ziarah Mahabbah Membuah Syahadah di Air Banun

Ziarah Mahabbah Membuah Syahadah di Air Banun

Ziarah Mahabbah Membuah Syahadah di Air Banun

AIR BANUN, GERIK, 3 Nov 2019 – Dengan tidak disangka program lawatan bulanan tautan kasih anjuran HALUAN Pulau Pinang ke sini telah membawa kepada syahadah sebuah keluarga orang asli seramai lima orang.

Ketua keluarga, Encik Osman Melengsing, 47, berserta isteri dan anak seramai lima orang telah mengucapkan dua kalimah syahadah di depan ratusan penduduk kampung serta sukarelawan terdiri daripada 10 orang relawan HALUAN, 20 orang sukarelawan daripada Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah berserta 45 orang pelajar menengah serta guru-guru Sekolah Menengah Agama Ibrah, Seberang Perai.

Syahadah mereka secara berkelompok itu telah disempurnakan oleh Ustaz Rosli Othman, imam masjid berkenaan. Beliau juga merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Beliau turut menzahirkan rasa gembira di atas kesediaan Encik Osman untuk memeluk agama Islam setelah sekian lama melihat sahaja kemajuan yang dibawa oleh HALUAN ke kampung berkenaan.

“Sebenarnya, kami tidak membeza-bezakan di antara mereka, sama ada muslim atau belum. Motto kami di HALUAN adalah Berakhlak, Mendidik, Berbakti, bermakna di mana dan sesiapa sahaja yang kami santuni, itulah norma yang kami bawa. Malahan kami tidak tahupun keluarga mana di antara mereka yang masih belum memeluk Islam. Namun kesudian sebuah keluarga ini anak-beranak memeluk Islam hari ini adalah suatu “surprise” bagi kami. Dan kami doakan ke hadrat Allah SWT agar mereka diberkati hidup dengan rezeki yang baik, iman dan taqwa,” berkata Timbalan Yang diPertua HALUAN cawangan Pulau Pinang, Syed Salleh Syed Kechik.

Menurut penggerak dakwah orang asli di kampung berkenaan, Ustaz Askee Ali, keluarga Encik Osman itu adalah keluarga terakhir di kampung berkenaan seramai 96 orang yang memeluk Islam. Beliau berharap agar komuniti Muslim di kampung itu akan turut meraikan keluarga berkenaan dengan ukhuwah Islam yang terbaik.

_
Laporan Abdul Halim Kudri, HALUAN Pulau Pinang