HALUAN

Dana Tambahan Sinar4Rohingya Bantu Pelarian

Dana Tambahan Sinar4Rohingya Bantu Pelarian

SHAH ALAM,17 Nov 2017 – HALUAN sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi di kalangan NGO teras membantu pelarian Rohingya, mangsa akibat perang saudara di Myanmar. Dalam mesyuarat kali ke-4 Sekretariat Sinar4Rohingya semalam yang berlangsung di pejabat Kumpulan Media Karangkraf, ahli-ahli majlis telah bersetuju meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM43,800 kepada HALUAN daripada Dana Tabung Sinar4Rohingya. Ini …

Pengharapan Sinar Kehidupan Baru Untuk Rohingya

Pengharapan Sinar Kehidupan Baru Untuk Rohingya

Pengalaman setiap kali meneruskan misi kemanusiaan bagi membantu pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh sangat mengharukan. Abd Bashir Abd Ghani, aktivis kemanusiaan yang juga ketua unit Rohingya NGO HALUAN yang baru pulang dari Bangladesh setelah berkhidmat di sana dari 14 hingga 19 Oktober dalam misi bantuan kemanusiaan projek Sinar4Rohingya membawa pulang pengalaman berharga untuk dikongsikan. …

HALUAN Sertai Majlis Persidangan NGO-i (MAIS)

HALUAN Sertai Majlis Persidangan NGO-i (MAIS)

SHAH ALAM, 16 Nov 2017 – HALUAN telah menyertai barisan NGO-NGO lain di Majlis Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan di sini semalam. Program tersebut adalah anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan. Majlis persidangan itu dimulakan dengan slot “Peranan NGO Islam Dalam …

NADMA Jemput HALUAN Latih Kaunselor Tangani Bencana

NADMA Jemput HALUAN Latih Kaunselor Tangani Bencana

CYBERJAYA,13 Nov 2017 – – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri telah meminta HALUAN memberikan tunjuk ajar misi kemanusiaan baru-baru ini. HALUAN dijemput berkongsi pengalaman sebagai sebuah NGO yang berpengalaman luas dalam pengurusan bencana dan pelancaran misi kemanusiaan di dalam dan luar negara. Bengkel Penyelarasan dan Pentadbiran Critical Incident Stress Management Team (CISM …

HALUAN Lancar Tabung Mangsa Banjir

HALUAN Lancar Tabung Mangsa Banjir

BANDAR BARU BANGI, 6 Nov 2017 – Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) telah melancarkan Kempen Tabung Kemanusiaan Banjir Pulau Pinang di sini hari ini. Ia susulan daripada bencana banjir yang telah melanda negeri itu semenjak minggu lepas. Pulau Pinang mencatatkan taburan hujan tertinggi pada 300 ml hujung minggu lalu menyebabkan berlakunya banjir besar …

Rohingya Children Pleased Learning Quran

Rohingya Children Pleased Learning Quran

SERI KEMBANGAN, 3 Nov 2017 – Voices of children of Rohingya refugees can be heard every morning at 9.00 am as they recite the Quran at the Rohingya Community Educare Center (RCEC) located in Taman Prima Tropika City. RCEC is one of the charity projects mooted by HALUAN for the Rohingya community, in collaboration with …

Anak-anak Rohingya Riang Belajar al-Quran dan Bahasa Malaysia

Anak-anak Rohingya Riang Belajar al-Quran dan Bahasa Malaysia

SERI KEMBANGAN, 03 Nov 2017 — Bermula jam 9:00 pagi setiap hari, anak-anak pelarian Rohingya akan melantun suara nyaring membaca al-Quran di Rohingya Community Educare Center (RCEC) yang terletak di tengah bandar Taman Prima Tropika. RCEC merupakan salah satu projek bantuan HALUAN untuk masyarakat Rohingya, dengan kerjasama NAMA Foundation yang berpengkalan di Jeddah. Di pusat …

Bahana Deklarasi Balfour – Britain Perlu Mohon Maaf

Bahana Deklarasi Balfour – Britain Perlu Mohon Maaf

BANDAR BARU BANGI, 3 Nov 2017 – Kerajaan Britain perlu memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Palestin kerana Deklarasi Balfour yang telah menubuhkan negara haram Israel di atas tanah tumpah darah rakyat Palestin secara kekerasan. Seramai 47 Ahli Parlimen dan 65 NGO dari dalam dan luar negara telah berkumpul di hadapan United Kingdom High Commission, …

Jom Daftar iJDK 2017!

Jom Daftar iJDK 2017!

BANDAR BARU BANGI, 1 Nov 2017 – Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (iJDK) kembali bertamu. Kini dengan wajah, jenama, pendekatan dan pengalaman yang serba baharu. Bertemakan ‘Interaksi Alam, Kenali Masyarakat dan Tingkatkan Kemahiran Diri Seiring Teknologi’, kem kesukarelawanan remaja khas untuk lepasan SPM/STPM kali ini lain dari yang lain. JDK kini berwajah baru dan …

Legasi Tan Sri Muhammad Ali perlu dikembangkan

Legasi Tan Sri Muhammad Ali perlu dikembangkan

BANDAR BARU BANGI, 31 Okt 2017 — HALUAN hari ini menerima berita pemergian tokoh korporat dan pembangunan usahawan negara, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, dengan penuh kesedihan. Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali, 70, meninggal dunia di Hospital KPJ Damansara, Kuala Lumpur, pada jam 3:30 petang tadi dan telah selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Bukit …