fbpx

Posts Tagged: palestine

Israel Rancang Bina 5000 Lagi Perumahan di Jerusalem

Israel Rancang Bina 5000 Lagi Perumahan di Jerusalem

Jerusalem yang dijajah, 26 Disember – Menteri Perumahan Israel merancang untuk membina dan memasarkan hampir 5000 unit baru untuk penduduk Yahudi di Jerusalem Timur dan Barat yang diduduki. Peguam Qais Nasser Yousef, seorang pakar dalam bidang Pembinaan dan Perancangan Undang-Undang, menyatakan bahawa pada tahun 2010 Menteri Perumahan Israel telah menjual lebih dari 1400 unit di …

Ahli Parlimen Israel: Semua Penumpang Mavi Marmawa Wajar Dibunuh Kerana Mereka Pengganas

Ahli Parlimen Israel: Semua Penumpang Mavi Marmawa Wajar Dibunuh Kerana Mereka Pengganas

Sumber-sumber Israel melaporkan pada Rabu (15/12) bahawa Ahli Parlimen Knesset Israel dari Parti Likud, Dani Dannon, telah mengirim surat kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mengatakan kepadanya bahawa tentera Israel sewajarnya telah membunuh semua penumpang Kapal Mavi Marmara yang menuju ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan. Selama serangan yang berlangsung pada tarikh 31 Mei, …

Selepas Kebakaran, Ribut Melanda Israel

Akhbar berita online Israel Jpost melaporkan bahawa negara itu kini dilanda ribut kencang selaju 100 km sejam di bandar persisiran pantai Netanya. Ribut kencang disertai hujan lebat itu telah meranapkan pokok-pokok menyebabkan seluruh negara rejim itu terputus bekalan elektrik. Radio awam melaporkan, ribut turut menyebabkan seorang pelancong Rusia hilang manakala pihak berkuasa taman negara terpaksa …

Persatuan Ulama Palestin: Masjid Al-Aqsa Akan Runtuh

Persatuan Ulama Palestin: Masjid Al-Aqsa Akan Runtuh

GAZA, 12 Dis – Persatuan Ulama Palestin (LPS) telah memberi amaran kepada negara-negara Arab dan Islam akan tindakan agresif penghancuran Israel semakin meningkat di sekitar Masjid Al-Aqsa, begitu juga kegiatan penempatan haram dan yahudisasi di Baitulmuqaddis yang diduduki terutama di sekitar Masjid Al-Aqsa. LPS membuat kenyataan tersebut pada Sabtu (11/12) bahawa pihak kuasa Israel (tentera …

10000 Ribu Berdemo Di Tel Aviv

10000 Ribu Berdemo Di Tel Aviv

TEL AVIV, 11 Dis – Sekitar 10,000 warga Israel, Palestin dan pemukim Israel di Tel Aviv mengadakan tunjuk perasaan pada Jumaat (10/12). Mereka memberi amaran bahawa tindakan sentimen perkauman Israel akan menyebabkan ancaman terhadap demokrasi di negara ini. Dalam demonstrasi tersebut turut melibatkan hampir 1,000 pelarian dan pencari suaka dari Sudan, Somalia dan bahagian lain …

Israel Luluskan 625 Unit Penempatan Baru di Jerusalem Timur

Israel Luluskan 625 Unit Penempatan Baru di Jerusalem Timur

Kerajaan haram Israel pada hari Rabu (1/12) telah meluluskan pembangunan tambahan 625 unit penempatan di Pisgat Zeev di Jerusalem Timur. Jawatankuasa Pembangunan Daerah  memutuskan untuk meluluskan rancangan pembangunan tersebut, yang pada awalnya diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri Israel lebih dari dua tahun yang lalu, tapi para pengasas projek pembinaan diminta untuk melakukan beberapa pengubahsuaian. Semenjak …

Remaja Palestin Berusia 12 Tahun Disiksa Di Penjara Israel

Remaja Palestin Berusia 12 Tahun Disiksa Di Penjara Israel

“Setiap kali kami cuba untuk tidur, mereka membangunkan kami dengan memukul kami menggunakan hujung senapang mereka selama tiga hari .. Mereka mengunci kami di dalam tandas dan membiarkan kami tanpa makanan atau air sehingga kami terpaksa minum air yang ada di dalam tandas. Mereka akan mencucuh putung rokok mereka ke kaki kami dan menjerit-jerit pada …

Ahli Parti Politik UK Menyatakan Israel Penyebab Keganasan Global

Ahli Parti Politik UK Menyatakan Israel Penyebab Keganasan Global

London, 16 November – Seorang ahli politik senior dari Parti Liberal Demokrat Britain menyatakan bahawa rejim Israel telah melakukan keganasan global terhadap Palestin. Jenny Tonge, ahli Parti Liberal Demokrat, mengatakan di House of Lords bahawa perlakuan buruk terhadap Palestin oleh Israel adalah akar dan punca keganasan di seluruh dunia, menurut laporan agensi berita tempatan. Tonge …

Ribuan Yahudi Ethiopia Akan Di Bawa Masuk Ke Israel

Ribuan Yahudi Ethiopia Akan Di Bawa Masuk Ke Israel

Israel memutuskan untuk mengizinkan sekitar lapan ribu Yahudi dari Ethiopia untuk berimigrasi ke Israel, demikian dilaporkan oleh laman web Al Jazeera pada hari Ahad (14/11). Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengatakan kepada wartawan, “Ada sekitar lapan ribu di antaranya wanita, lelaki dan anak-anak yang menuntut reaksi keprihatinan kemanusiaan yang serius dari Israel. Sebagai respon kemanusiaan …

Indeks Rasuah Israel Antara Tertinggi Kalangan Negara Barat

Indeks Rasuah Israel Antara Tertinggi Kalangan Negara Barat

Satu kajian yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Transparency International pada hari Selasa (26/10), melaporkan bahawa Israel menjadi salah satu negara paling tinggi kadar rasuah di Dunia Barat. Penyelidikan bagi  tahun 2010 itu melibatkan 178 buah negara. Israel  disenaraikan di tangga ke 30. Keputusan kajian menunjukkan bahawa Israel menerima skor 6.1 dari 10 dalam Indeks Persepsi Rasuah …