
RFC Pilih KTD Sebagai Sumber Manusia Terlatih
SUNGAI BESI, SELANGOR, 3 Dis 2012 – Rangkaian restoran francais Radix Fried Chicken (RFC) telah menjalin Memorandum Persefahaman bersama Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) dalam penyediaan tenaga kerja yang profesional dan berakhlak tinggi di dalam industri pemakanan dan perkhidmatannya.
Menurut Pengerusi RFC Malaysia, Datuk Ahmad Shafee Sabaruddin, MoU di antara Darul Rahmat Sdn Bhd dengan kolej angkat HALUAN Malaysia itu dibuat memandangkan KTD serius dalam pembinaan sahsiah dan akhlak mahasiswanya di samping kualiti akademik yang sentiasa diperkasakan.
Perjanjian itu telah ditandatangani semasa perasmian restoran RFC yang ke tiga di Selangor dan Wilayah Persekutuan. KTD telah diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman yang juga merupakan Presiden HALUAN Malaysia. RFC cawangan Sungai Besi ini terletak di Jalan Tasik Utama 6, Medan Damai Sungai Besi. Premis yang terletak di kawasan perniagaan baru di tengah pekan Sungai Besi itu bakal menawarkan pilihan terbaru kepada penduduk sekitar.
Dr Abdullah Sudin di dalam ucapannya turut menyentuh betapa relevannya bidang perniagaan bagi menjana pendapatan yang tinggi berbanding pekerjaan yang lain. Sambil berterima kasih atas usahasama yang bijak melalui ide seorang ahli perniagaan yang sedang membina empayar industri makanan segera, beliau menyifatkan penyediaan modal insan seumpama ini adalah tepat dengan keperluan hari ini. KTD yang bakal membangunkan program ijazah pada 2013 setelah memperolehi kelulusan amat positif dengan usahasama ini.
RFC adalah restoran makanan segera berasaskan ayam milik pengusaha Islam yang pertama sekali menawarkan ayam organik dalam menunya. Dengan menawarkan beberapa set hidangan dengan resepi adunan tersendiri, ia bakal memberi saingan di dalam industri makanan segera tanahair yang kebanyakannya dipelopori pengusaha gergasi antarabangsa.
Laporan oleh Khairul Azman, Unit Media HALUAN
Munif Ahmad dari Hijjaz turut hadir memeriahkan suasana Majlis diadakan di hadapan bangunan RFC Pengerusi RFC Malaysia, Datuk Ahmad Shafee Sabaruddin Ketua Eksekutifnya, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman yang juga merupakan Presiden HALUAN Malaysia Dr Abdullah Sudin Ab Rahman menandatangan pada plak perasmian Penyampaian cenderahati kepada Dr Abdullah Sudin Ab Rahman oleh pihak RFC Acara potong reben di pintu masuk utama RFC Majlis MoU antara kedua-dua pihak