Himpunan Aman Solidariti Untuk Kashmir
📅 06 September 2019 (Jumaat)
⏰ Selepas solat jumaat
📍 Masjid Negara, Kuala Lumpur
Semua ahli HALUAN Selangor, KL, Putrajaya & masyarakat prihatin dijemput hadir. Bawa banner & sepanduk.
Apa Yang Berlaku di Jammu & Kashmir?
1) India di bawah pentadbiran BJP telah meluluskan pelbagai peraturan & undang-undang dan tindakan yang mencabuli hak dan kehormatan umat Islam & beberapa penganut agama minoriti lain.
2) Namun, pencabulan tersebut tidak dapat dilakukan di wilayah Jammu & Kashmir secara sah di sisi undang-undang kerana Artikel 370 Perlembagaan India mengiktiraf status autonomi wilayah tersebut yang berbeza dari sudut pentadbiran dan undang-undang.
3) Walaubagaimanapun, kerajaan India telah memansuhkan Artikel 370 tersebut yang membolehkan pencabulan berlaku ke atas umat Islam.
Maka kesannya, hari ini umat Islam di Jammu & Kashmir telah ditindas dan dicabul secara terang oleh pihak berkuasa India 🇮🇳
Mari sama-sama kita menyatakan solidariti untuk saudara-saudara muslim kita di Kashmir!
Please Hit Like & Share
#PeduliKashmir
#Pray4Kashmir