
181 Donors
SBR6 – Sedekah Jariah (Wakaf)
Raised: RM19,213.90 / Goal: RM105,000.00
LAMAN UTAMA SEJUTA BARAKAH RAMADAN 6.0
" Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim: 1631)
Sedekah jariah atau wakaf dapat memberi manfaat yang berterusan kepada orang ramai, sedangkan sedekah biasa yang lain kebanyakannya hanya terhad manfaatnya kepada individu tertentu yang menerima sedekah sahaja. Para ahli fiqh dan ulamak berpendapat amalan ini menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya.
Ibadah sunat ini bukan sahaja menjanjikan pahala berterusan, malah akan membantu pembangunan agama Islam terutamanya bagi komuniti yang miskin dan memerlukan. Wakaf tidak hanya tertumpu setakat keagamaan sahaja, malah ianya meliputi pembangunan prasarana dan kemudahan awam.
Penerima Manfaat:
- 1,000 keluarga pelarian di perkampungan Assiblah, Yaman.
- 300 keluarga di Kem Pelarian Maarib, Yaman.
- 400 ahli jemaah (60 keluarga) di Manila dan Mindanao.
- 200 ahli jemaah di daerah Muang dan Satun, Thailand.