
131 Donors
SBR6 – Bantuan Pendidikan
Raised: RM9,474.30 / Goal: RM88,330.00
LAMAN UTAMA SEJUTA BARAKAH RAMADAN 6.0
Saidina Ali r.a. telah berkata: “Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu, sedangkan kamu menjaga harta, dan ilmu bertambah jika disiarkan sedangkan harta berkurangan jika dibelanjakan. Dan ulamak itu akan tetap hidup selamanya meskipun jasadnya tidak ada, dan ajaran mereka selalu diingati dalam hati.” (Hilyah al-Auliya’, 1/80, Tarikh Dimasyq, 14/18, Tazkirah al-Huffaz, 1/11 dan Tahzib al-Kamal, 24/220)
Umat Islam perlu kepada pendidikan holistik yang merangkumi aspek akademik, kesihatan fizikal, pemantapan rohani dan kekuatan mental. Dengan jaminan pendidikan, kita akan dapat membuka peluang untuk masa depan yang lebih baik, sekaligus membentuk masyarakat yang maju dan mengurangkan kemiskinan. Bahkan kita akan membina masyarakat dengan keyakinan dan harga diri yang tinggi.
Bantuan pendidikan akan menampung keperluan kewangan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan, tetapi bersemangat tinggi untuk mengubah nasib keluarga dan menyumbang kepada masyarakat.
Penerima Manfaat:
- 20 pelajar Maahad Tahfiz TVET di Keningau, Sabah.
- 1,300 komuniti Bajau Laut dan miskin di Sabah.
- 30 anak yatim dan miskin di Asrama HALUAN Penyayang.
- 40 anak-anak pelarian di Refugee Community Educare Center, Selangor.
- 100 murid dari keluarga B40.
- 500 anak-anak Gaza melalui pembinaan lima buah sekolah sementara.
- 36 pelajar Madrasan Al-Nuri di Vietnam.
- 400 pelajar anak-anak keluarga mualaf di Phum Thmey, Kemboja.