Berita

Semangat Aidilfitri Kukuhkan Ukhuwah dan Solidariti

Semangat Aidilfitri Kukuhkan Ukhuwah dan Solidariti

BANDAR BARU BANGI, 29 Apr 2025 – HALUAN Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri 1446H di pekarangan ibu pejabatnya di sini semalam dalam suasana penuh kesyukuran dan kemeriahan Syawal. Dengan tema "Palestin di Hati", majlis berkenaan menjadi wadah memupuk perpaduan, menyuburkan kasih sayang sesama insan serta menzahirkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. Kehadiran para tetamu ...

Kakitangan Kumpulan AmBank Prihatin Dengan Nasib Mangsa Banjir

Kakitangan Kumpulan AmBank Prihatin Dengan Nasib Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 22 Apr 2025 – Semangat keprihatinan dan solidariti yang tinggi kakitangan Kumpulan Ambank untuk membantu mangsa banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL) yang baru-baru ini telah menggerakkan kempen pengumpulan dana bagi meringankan beban keluarga yang terkesan. Satu majlis simbolik penyerahan sumbangan berlangsung di Menara AmBank di sini, di mana Ketua Komunikasi Korporat dan ...

Bantuan Wang Tunai Ringankan Penderitaan Mangsa Genosid di Gaza

Bantuan Wang Tunai Ringankan Penderitaan Mangsa Genosid di Gaza

GAZA, 17 Apr 2025 – “Dari bumi Gaza yang terus diuji dengan serangan genosid tentera penjajah zionis, kami ingin merakamkan setulus-tulus penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kami di sini.” Itulah antara ungkapan terima kasih penduduk Gaza yang terpaksa hidup dalam khemah-khemah sementara di utara Gaza apabila menerima bantuan daripada ...

HALUAN Jemput Masyarakat Sertai Ibadah Korban 1446H

HALUAN Jemput Masyarakat Sertai Ibadah Korban 1446H

BANDAR BARU BANGI, 16 Apr 2025 – Musim Aidiladha bakal menjelang lagi. Inilah masa yang dinanti-nantikan saban tahun oleh ramai golongan memerlukan khususnya ibu-ibu daripada keluarga yang serba kekurangan, yang menyimpan harapan agar anak-anak mereka dapat merasai keenakan daging korban walau hanya setahun sekali. Sebuah senyuman kecil di pagi raya boleh menjadi sinar harapan dalam ...

SBR Bantu Ibu Tunggal dan Asnaf di Putrajaya

SBR Bantu Ibu Tunggal dan Asnaf di Putrajaya

BANDAR BARU BANGI, 15 Mac 2025 — Majlis Iftar Ramadan HALUAN cawangan Putrajaya melalui kempen Sejuta Barakah Ramadan (SBR) 6.0 telah membawa sinar kepada lebih 50 keluarga ibu tunggal dan asnaf. Program yang bertemakan "Menyantuni Ibu Tunggal dan Asnaf Bersama Keluarga" berkenaan telah berlangsung di Dewan Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL) di sini. Naib ...

Keluarga Pelarian di Idlib Terima Bantuan Pek Makanan Asas

Keluarga Pelarian di Idlib Terima Bantuan Pek Makanan Asas

IDLIB, SYRIA, 28 Mac 2025 – Kempen Sejuta Barakah Ramadan (SBR) 6.0 terus membawa sinar harapan kepada keluarga pelarian Syria yang masih tersisih dan bertarung dengan kehidupan sukar di kem-kem sekitar Idlib. HALUAN Malaysia dengan kerjasama pertubuhan kemanusiaan Ataa Humanitarian Relief Association (ATAA) telah mula menyalurkan bantuan pek makanan asas kepada 60 keluarga pelarian yang ...

SBR : Lebih 700 Asnaf Pakistan Terima Tajaan Iftar dan Pek Makanan

SBR : Lebih 700 Asnaf Pakistan Terima Tajaan Iftar dan Pek Makanan

KARACHI, 27 Mac 2025 – Satu acara yang penuh bermakna bagi golongan yang amat memerlukan telah diadakan selama dua hari di Surjani Town, di sini yang berakhir semalam. Lebih 700 golongan asnaf menerima bantuan melalui program iftar dan agihan pek makanan Ramadan hasil sumbangan masyarakat Malaysia melalui program Sejuta Barakah Ramadan (SBR) 6.0 anjuran HALUAN ...

HALUAN Sertai Kempen Bantuan Kemanusiaan Bina Semula Syria

HALUAN Sertai Kempen Bantuan Kemanusiaan Bina Semula Syria

CYBERJAYA, 27 Mac 2025 – Gabungan Bina Semula Syria (GBSS) yang turut disertai oleh HALUAN Malaysia telah melancarkan kempen bantuan kemanusiaan bagi membantu rakyat Syria yang terkesan akibat konflik panjang yang melanda negara tersebut. Majlis pelancaran kempen yang berlangsung di Rekascape, Cyberjaya itu dihadiri hampir 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong usaha kemanusiaan ini. ...

Mahasiswa B40 IPGKRM Terima Pakaian Raya Percuma, Hamper Ramadan

Mahasiswa B40 IPGKRM Terima Pakaian Raya Percuma, Hamper Ramadan

SEREMBAN, 25 Mac 2025 – Tidak semua mahasiswa terdiri daripada keluarga yang mampu. Atas faktor itu, menjelang Hari Raya ini Institut Perguruan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) di sini telah menganjurkan program khas “Free Market dan Sumbangan Hamper Ramadan Siswa IPGKRM B40” yang diadakan di Balai Kerapatan, Kampus IPGKRM, Sikamat semalam. Inisiatif ini bertujuan meringankan ...

HALUAN Pulau Pinang Bimbing Orang Asli Cari Rezeki

HALUAN Pulau Pinang Bimbing Orang Asli Cari Rezeki

GERIK, 22 Mac 2025 – HALUAN cawangan Pulau Pinang terus memperkukuhkan usaha mereka dalam membantu komuniti pedalaman dengan melaksanakan inisiatif pembangunan ekonomi yang memberi manfaat kepada masyarakat orang asli di Kampung Air Banun dan Kampung Sungai Raba di sini. Dalam usaha meningkatkan sosio-ekonomi komuniti ini, HALUAN memperkenalkan projek pertanian komersial bertujuan menjana pendapatan yang konsisten ...