Posts by: admin

Sistem Rawatan Air Bawah Tanah UMP & HALUAN

Sistem Rawatan Air Bawah Tanah UMP & HALUAN

BANDAR BARU BANGI, 26 Jun 2015 — Masyarakat terpencil negara ini sering tertinggal daripada menikmati prasarana awam seperti bekalan air minum yang bersih sehingga boleh menjejaskan kesihatan mereka. Menyedari hakikat ini, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) telah tampil menawarkan khidmat baktinya dengan membawa kaedah penapisan air bumi untuk penduduk kampung Bajau Laut di …

Dr Abdullah Sudin Terus Terajui HALUAN

Dr Abdullah Sudin Terus Terajui HALUAN

BANDAR BARU BANGI, 4 JUN 2015 – Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman telah dipilih untuk terus menerajui kepimpinan HALUAN bagi penggal 2015/2017. Perkara ini diumumkan di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN kali ke-26 yang telah berlangsung di Ulu Tiram, Johor pada 29-31 Mei lepas. Beliau yang merupakan mantan Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), Kelantan …

Solehkan Anak Dengan KASeH

Solehkan Anak Dengan KASeH

SHAH ALAM, 8 Jun 2015 — Bersempena cuti sekolah baru-baru ini, Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Wilayah Tengah dengan kerjasama Biro HALUANITA telah menganjurkan Kem Anak Soleh (KASeH) kali ke 8 di Kem Bumi Jati pada 3-5 Jun lepas. Program ini telah disertai 45 peserta lelaki dan 40 perempuan. Objektif kem ini adalah mencontohi akhlak Rasulullah …

Ucapan Dasar Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN Ke-26

Ucapan Dasar Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN Ke-26

Ucapan Dasar Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN Ke-26 Savannah Hill Resort, Ulu Tiram, Johor “Organisasi Profesional Ke Arah Keamanan Dan Kewujudan Bersama” PENDAHULUAN Dengan lafaz yang mulia dan penuh kesyukuran kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH SWT atas keizinan-NYA dapat lagi kita bertemu dalam mesyuarat tahunan HALUAN pada kali ini. Kepada para perwakilan, pemerhati dan seluruh …

Gilang Gemilang Perasmian MTP HALUAN Ke-26

Gilang Gemilang Perasmian MTP HALUAN Ke-26

ULU TIRAM, JOHOR, 30 Mei, 2015 – Melepasi suku abad penubuhannya kini Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdiri gagah menongkah kebaktian di segenap lapangan yang memerlukan khidmat dan bimbingannya. Jelas motto Berakhlak, Mendidik dan Berbakti menjadi pemangkin kepada ribuan ahlinya di dalam dan di luar negara dalam menyantuni …

Era Muslimah Kini Berwajah Baru

Era Muslimah Kini Berwajah Baru

ULU TIRAM, JOHOR, 31 Mei 2015 – Penerbitan majalah Era Muslimah telah mendapat nafas baru dengan sentuhan khas Biro HALUANITA mulai keluaran Jun 2015 ini. Perlancaran Era Muslimah Bil 30 tersebut telah disempurnakan oleh Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman sempena upacara Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN (MTP) Ke-26 yang berlangsung di sini sejak 29 …

Santunan Urusetia MTP26 Terbaik

Santunan Urusetia MTP26 Terbaik

ULU TIRAM, JOHOR, 30 Mei, 2015 – Bukan mudah mengendalikan program untuk lebih seribu peserta apatah lagi bila bermalam. Itulah cabaran sulung yang dihadapi urusetia Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) HALUAN kali ke-26 yang sedang berlangsung selama tiga hari bermula 29 Mei di sini. Daripada segi persiapan penempatan, katering, logistik,kebersihan, protokol, keselamatan, kesihatan, siaraya dan komunikasi, …

Kecelaruan Nilai Punca Umat Lemah

Kecelaruan Nilai Punca Umat Lemah

ULU TIRAM, JOHOR, 30 Mei 2015 – Forum Perdana menarik sempena Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN (MTP) Ke-26 di sini telah mengajak ratusan peserta hadirin untuk mengimbau permasalahan umat di bawah tajuk Islam Di Persimpangan Jalan. Forum disertai oleh tiga orang personaliti menarik itu berjaya mencungkil rahsia kelesuan umat Islam hari ini dan mengajak peserta menjauhi …

MTP26: KKH Akan Tawar Khidmat Konsultansi Pakar

MTP26: KKH Akan Tawar Khidmat Konsultansi Pakar

mtpkkh0BANDAR BARU BANGI, 25 Mei 2015 – Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) akan menawarkan kelainan semasa Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) HALUAN Ke-26 di Ulu Tiram, Johor hujung minggu ini. Buat pertama kalinya KKH tidak akan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan biasa seperti yang sering diadakan semasa MTP sebelum ini. Sebaliknya, KKH akan menawarkan khidmat konsultansi doktor pakar …

Rakyat Malaysia Taja Terapi Pendengaran Anak Palestin

Rakyat Malaysia Taja Terapi Pendengaran Anak Palestin

BANDAR BARU BANGI, 21 Mei 2015 — Serangan tentera Zionis pada musim panas lalu bukan sahaja memusnahkan harta, ekonomi serta sosial penduduk Gaza, tetapi juga mendedahkan ribuan kanak-kanak yang terus berhadapan dengan kecacatan, tekanan psikologi dan trauma. Sekatan berterusan oleh rejim Zionis dan junta tentera Mesir yang dikeruhkan lagi dengan sikap membisu serta isolasi masyarakat …