Posts by: admin

KTDKL anjur Kursus ADOBE

KTDKL anjur Kursus ADOBE

BANDAR BARU BANGI, 18 Dis 2015 — Seramai 26 orang peserta telah menghadiri Kursus Kemahiran Adobe anjuran Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur (KTDKL) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) baru-baru ini. Mereka yang terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti serta staf agensi kerajaan dan swasta telah menyertai Kursus Kemahiran Adobe Illustrator dan …

JDK Zon Timur 2015 Membuka Tirai

JDK Zon Timur 2015 Membuka Tirai

KUANTAN, 15 Dis 2015 — Kursus Jati Diri dan Kesukarelawan Remaja (JDK) Zon Timur kini telah pun membuka tirai dengan rasminya pada 13 Disember 2015 di Dewan Seminar, SMA Al Ihsan, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Majlis Perasmian JDK Zon Timur telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ghani Salleh, Yang Di Pertua HALUAN Pahang merangkap penasihat JDK …

JAWI Prihatin Palestin

JAWI Prihatin Palestin

KUALA LUMPUR, 14 Dis 2015 — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memilih HALUAN sebagai salah sebuah NGO penerima sumbangan untuk Palestin dalam satu majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut di sini pada 14 Disember yang lepas. Sumbangan disampaikan oleh pengarahnya, Encik Paimuzi Yahya hasil kempen kutipan dana Palestin sebanyak dua kali solat Jumaat dalam …

Dakwah No.1, Akademik Bukan No.2 di SKEMA 1.0 Zon Utara

Dakwah No.1, Akademik Bukan No.2 di SKEMA 1.0 Zon Utara

GELUGOR, 12 Dis 2015 — Seramai 83 orang mahasiswa telah mengikuti Seminar Kesejahteraan Mahasiswa (SKEMA 1.0) anjuran Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Zon Utara dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Rekreasi Fizik (KESUREF), Universiti Sains Malaysia (USM). Bertemakan ‘Mahasiswa Bersinergi, Pemangkin Legasi’, SKEMA 1.0 kali ini telah diadakan di USM, Pulau Pinang. Seminar dimulakan dengan slot pertama …

Selangor bertemu Putrajaya di Liga Bola Sepak WT

Selangor bertemu Putrajaya di Liga Bola Sepak WT

CYBERJAYA, 8 Disember 2015 — Liga Bola Sepak HALUAN Wilayah Tengah telah berlangsung julung kalinya bermula dengan perlawanan pembukaan di antara pasukan Putrajaya melawan Selangor di Kompleks Sukan TM Cyberjaya 6 Disember lepas. Perlawanan tersebut telah dirasmikan oleh Encik Baderol Allam Awang selaku YDP HALUAN Putrajaya. Beliau juga merupakan bekas pengurus pasukan bola sepak JKR …

SKH Nurses Bantu Majlis Khitan Kanak-kanak

SKH Nurses Bantu Majlis Khitan Kanak-kanak

SHAH ALAM, 6 Dis 2015 — Seramai lapan ahli Sains Kesihatan HALUAN (SKH) unit Nurses telah membantu menjayakan majlis khitan beramai-ramai pelajar sekolah kariah Masjid An-Naim, Jalan Kebun pada 5 Disember lepas. Ahli-ahli yang terdiri daripada jururawat terlatih Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya ini telah sama-sama berganding bahu bersama para …

ProCAST 2/2015 Menjana Pelajar Bersahsiah Terpuji

ProCAST 2/2015 Menjana Pelajar Bersahsiah Terpuji

SHAH ALAM, 5 Dis 2015 — Harapan setiap guru dan ibu bapa adalah melahirkan insan-insan pewaris masa hadapan ummah yang dilengkapi dengan kemahiran belajar, berakhlak mulia dan kepimpinan yang tinggi. Namun visi ini sukar dicapai hanya semasa di bangku sekolah sahaja. Menyedari hakikat itu, HALUAN Cawangan Selangor dengan kerjasama Sekolah Menengah Ibn Khaldun dan Masjid …

Youngstars Cungkil Potensi Remaja

Youngstars Cungkil Potensi Remaja

PUTRAJAYA, 5 Dis 2015 — Bayangkan. Para remaja berhimpun bagi membincangkan isu yang melanda diri mereka terutamanya dalam aspek akhlak serta merangka sendiri pelan tindakan bagi membantu rakan sebaya mengatasi kemelut kehidupan mereka. Bukan sekadar itu sahaja, mereka berpeluang berekspresi melalui pertandingan video pendek, pengucapan awam dan larian yang dilaksanakan secara serentak. Itulah kelainan YoungStars …

Pengisian Cuti Sekolah Dioptimumkan Dengan Tuisyen HALUAN

Pengisian Cuti Sekolah Dioptimumkan Dengan Tuisyen HALUAN

KUALA KANGSAR, 4 Dis 2015 — Berselari dengan Tuisyen HALUAN Ipoh, HALUAN Unit Kuala Kangsar juga telah menganjurkan Tuisyen HALUAN selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Disember yang lepas di Pejabat Astana Pintar, Bangunan Tabung Haji Lama, Kuala Kangsar. Program anjuran Biro HALUANITA Cawangan Perak ini berjaya membimbing tujuh orang pelajar yang terdiri daripada …

Tuisyen HALUAN Ipoh Terap Personal Coaching

Tuisyen HALUAN Ipoh Terap Personal Coaching

IPOH, 3 Dis 2015 – Tuisyen HALUAN Ipoh telah berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Disember yang lepas di Pejabat HALUAN Ipoh. Program anjuran Biro HALUANITA Cawangan Perak ini berjaya membimbing 12 orang pelajar yang terdiri daripada lima orang pelajar Tingkatan 4 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2016 dan tujuh orang …