Posts by: admin

Korban Aidil Adha di Aceh

Korban Aidil Adha di Aceh

ACHEH, INDONESIA, 3 Sept 2017 – HALUAN seperti tahun-tahun yang lepas telah menghantar pasukan sukarelawannya ke beberapa negara yang memerlukan sumbangan seperti Bangladesh, Sri Lanka, Aceh dan lain-lain. Mereka membawa amanah peserta-peserta yang mengambil bahagian melaksanakan ibadah korban luar negara untuk melakukan penyembelihan dan pengagihan daging korban kepada yang berhak menerimanya. HALUAN Pulau Pinang telah …

HALUAN Siswa Mesir Agih Daging Korban

HALUAN Siswa Mesir Agih Daging Korban

KAHERAH, 1 Sep 2017 – Seramai 60 ahli dan relawan Kelab Siswa HALUAN (HALUAN Siswa) telah menyambut Hari Raya Aidil Adha dan melaksanakan ibadah korban dengan penuh meriah di pusat aktiviti HALUAN Siswa Mesir di Hayyu Sabi’. Program sambutan kali ini, yang digelar Adha4Egypt 5.0, turut disertai oleh mahasiswa Malaysia lain di sekitar Kaherah. Mereka …

Perutusan Aidil Adha Presiden HALUAN 1438H

Perutusan Aidil Adha Presiden HALUAN 1438H

bicara-presiden-aidil-adha-1438 Assalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, ولله الحمد, الله أكبر Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas segala kurniaan nikmat Iman dan Islam serta keamanan yang kita masih kecapi di negara Malaysia pada hari ini. Selawat dan salam ke atas …

Pelarian Rohingya Dapat Khidmat Kesihatan Percuma

Pelarian Rohingya Dapat Khidmat Kesihatan Percuma

SRI KEMBANGAN, 27 Ogos 2017 – Seramai 106 orang warga Rohingya dari kawasan Sri Kembangan, Selangor, telah disantuni oleh HALUAN yang menjalankan pemeriksaan dan rawatan kesihatan baru-baru ini. Program kesihatan itu telah dilaksanakan oleh Biro Misi Kemanusiaan dengan kerjasama Biro Kesihatan HALUAN. Seramai 14 orang sukarelawan yang terdiri daripada doktor, jururawat dan ahli farmasi HALUAN …

HALUAN Kekalkan Harga Korban Tahun Lalu

HALUAN Kekalkan Harga Korban Tahun Lalu

BANDAR BARU BANGI, 23 Julai 2017 – Hari Raya Aidiladha kian menghampiri. HALUAN sekali lagi menganjurkan Program Ibadah Korban HALUAN, iaitu salah satu program tahunan terbesar HALUAN. Program korban ini telah mencecah tahun ke-17 pelaksanaannya tahun ini, bermula secara kecil-kecilan di kalangan ahli HALUAN pada tahun 2000 dan kemudian dibuka kepada orang ramai pada tahun …

Perutusan Aidil Fitri Presiden HALUAN 1438H [ Video ]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر ولله الحمد, الله أكبر Pertamanya marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan keizinan kepada kita untuk terus merasai nikmat iman dan Islam hingga ke saat ini. Ramadan tahun 1438H ini telah berlalu meninggalkan kita dengan …

Nadwah Kompetensi Pemantapan Pemudi

Nadwah Kompetensi Pemantapan Pemudi

BANDAR BARU BANGI, 14 Ogos 2017 – Nadwah Kompetensi Pemantapan Pemudi 2017 yang bertemakan “Pemudi Berwibawa, Organisasi Berjaya” telah berlangsung daripada 11 hingga 12 Ogos lepas di ILIM, Bangi. Seramai 115 peserta dan 20 Ahli Jawatankuasa telah hadir, terdiri daripada kalangan pemudi yang berpotensi dari seluruh negara. Objektif Nadwah Pemudi 2017 ini adalah untuk mempertingkatkan …

Jom Taja Anggota Palsu Untuk Pelarian Syria

Jom Taja Anggota Palsu Untuk Pelarian Syria

BANDAR BARU BANGI, 1 Ogos 2017 – HALUAN akan melaksanakan projek yang dinamakan “Prosthesis for Syrians” khusus untuk membiayai perbelanjaan anggota-anggota palsu untuk pelarian Syria. Kos pembiayaan anggota palsu untuk seorang penerima adalah RM9,000 dan jumlah penerima yang disasarkan adalah seramai 20 orang berjumlah RM180,000. Projek ini dianjurkan oleh HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaan dan …

Peristiwa Hitam Al Aqsa Julai 2017

Peristiwa Hitam Al Aqsa Julai 2017

murabitatMasjid al Aqsa dan al Quds dua lambang maruah umat Islam. Apabila umat ini sedang di kemuncak kegemilangan maka kedua mercu tanda ini akan dipenuhi kemakmuran. Sekiranya umat ini lemah maka kacau-bilau dan huru-hara akan mengiringi keduanya. Tidak ada kedukaan yang lebih berat bagi sebuah masjid melainkan terhalang dari mengumandangkan azan dan didirikan solat di …

Majlis Penyerahan Hamper Kasih Murabitat Al-Aqsa

Majlis Penyerahan Hamper Kasih Murabitat Al-Aqsa

BANDAR BARU BANGI, 30 Jun 2017 – Majlis serahan bantuan untuk 100 murabitat al-Aqsa telah disempurnakan di pejabat Yayasan Kemanusiaan Al-Sarraa berdekatan Masjid al-Aqsa di kota al-Quds pada 29 Jun lalu. Bantuan tersebut adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui program Hamper Kasih Murabitat yang dilancarkan pada 15 Jun. Program tersebut akan berterusan dalam enam fasa, …