Posts by: admin

Ziarah Pulau Ketam Ajar Erti Dakwah

Ziarah Pulau Ketam Ajar Erti Dakwah

PULAU KETAM, SELANGOR, 1 Dis 2018 – Program Mesra Masyarakat Pulau Ketam anjuran HALUAN Siswa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dengan kerjasama Biro HALUAN Fitrah (BHF) telah membuka lembaran baru persada dakwah untuk siswa-siswi berkenaan. Program dari 1 ke 2 Disember 2018 itu turut  menjalin ukhuwah bersama pelajar Akademi Tahfiz Mandarin (ATM) yang bertapak di …

Sokongan HALUAN Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mengusahakan Peruntukan Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Agama Persendirian

Sokongan HALUAN Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mengusahakan Peruntukan Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Agama Persendirian

Merujuk kepada kenyataan akhbar Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik dalam Utusan Online bertarikh 21 November 2018 yang berkata dua jenis sekolah tersebut di atas agak ketinggalan dalam belanjawan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan awal bulan November lepas, justeru itu Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dengan ini: Menyokong penuh dan mengharapkan ianya dapat …

HALUAN Perak Maulid Bersama Orang Asal

HALUAN Perak Maulid Bersama Orang Asal

IPOH, 20 Nov 2018 — Seramai 60 ahli HALUAN cawangan negeri Perak meraikan sambutan Maulidur Rasul bersama lebih 130 orang asal Kampung Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan kelmarin. Program Sambutan Maulidurasul yang dianjurkan oleh HALUAN Perak dengan kerjasama Kelab Belia HALUAN Perak (KBHI), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan JKK Kampung Sungai Tonggang itu telah berjaya …

Kempen Kebersihan Diri, Pertanian Untuk Orang Asli

Kempen Kebersihan Diri, Pertanian Untuk Orang Asli

AIR BANUN, GERIK, 20 Nov 2018 – HALUAN cawangan Pulau Pinang sekali lagi menyantuni hampir 100 penduduk Kampung Air Banun di sini dengan kempen kepentingan penjagaan kebersihan diri. Setelah sekian kali memasuki beramah mesra dengan penduduk di situ, penganjur bersepakat untuk meningkatkan tahap penjagaan kebersihan penduduknya. Menurut ketua sukarelawan projek orang asli HALUAN Pulau Pinang, …

TOP 2018 Siagakan Doktor Muslim

TOP 2018 Siagakan Doktor Muslim

BANGI, 18 Nov 2018 – Biro Kesihatan HALUAN telah menganjurkan bengkel Transition Orientation Programme (TOP) semalam untuk 20 orang peserta terdiri daripada graduan perubatan dan pergigian seluruh negara. Antara objektif bengkel di Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur, Bangi ini adalah untuk mendedahkan tugas, peranan dan survival sebagai HO dan NDO dalam sistem kesihatan di Malaysia …

Kem Smart Solat Sg Raba, Perak

Kem Smart Solat Sg Raba, Perak

SUNGAI RABA, GERIK, 15 Nov 2018 – HALUAN cawangan Pulau Pinang sekali lagi telah tampil membantu usaha dakwah kepada orang asli di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Perak dengan membantu melaksanakan program Kem Ibadah Pelajar (Smart Solat) Sekolah RPS Air Banun di sini. Pihak HALUAN telah dijemput menjayakan program tersebut khusus untuk pelajar asrama …

Berkesan Kem PESONA Kelantan 2018‎

Berkesan Kem PESONA Kelantan 2018‎

BACHOK, 8 Nov 2018 – Kem pembentukan sahsiah dan kematangan remaja perempuan bergelar Kem ‎Personaliti Remaja (PESONA) telah menarik lebih 30 peserta sekitar Kelantan untuk hadir. Kem selama tiga hari dua malam bermula 8 November ‎bertempat di Kem Sri Chap, Bachok, Kelantan itu diuruskan oleh HALUAN Kelantan demi mempersiapkan anak-anak muda sekolah untuk memahami realiti …

Lepasan SPM? Cepat Daftar iJDK – Bawa henfon

Lepasan SPM? Cepat Daftar iJDK – Bawa henfon

BANDAR BARU BANGI, 1 Nov 2018 – Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (iJDK) kembali bertamu. Terus mengekalkan pendekatan siri yang lepas dengan penambahbaikan yang lebih mantap. Rugi tak sertai sebelum memasuki universiti. Bertemakan ‘Interaksi Alam, Kenali Masyarakat dan Tingkatkan Kemahiran Diri Seiring Teknologi’, kem kesukarelawanan remaja khas untuk lepasan SPM/STPM terus menjadi wadah pilihan. …

Hadiahkan Rumah HALUAN Prihatin di Sulawesi

Hadiahkan Rumah HALUAN Prihatin di Sulawesi

DONGGALA, SULAWESI, 1 Nov 2018 – Gendang derma ikhlas sudah dipalu. HALUAN melalui kerjasama NGO tempatan PKPU di sini telah mengenalpasti beberapa kawasan yang akan dibangunkan rumah sementara untuk mangsa bencana gempabumi dan tsunami yang melanda kepulauan besar ini pada 28 September lepas. Data menunjukkan hampir 68,451 keluarga telah hilang tempat tinggal dan kini terpaksa …

Tinjau Tapak Pertanian Kampung Orang Asli

Tinjau Tapak Pertanian Kampung Orang Asli

AIR BANUN, GERIK, 28 Okt 2018 – HALUAN cawangan Pulau Pinang sedia membantu aktiviti pertanian kelompok orang asli di Kampung Air Banun di sini sebagai inisiatif mempertingkatkan pendapatan penduduk kampung berkenaan. Semalam sepasukan tiga orang sukarelawan HALUAN telah meninjau kawasan kampung berkenaan demi mengenalpasti cabaran yang bakal dihadapi oleh penduduk sekiranya projek berkenaan dijalankan. Mereka …