fbpx
Back2School
88 Donors

-408 Days Left

Back2School

Raised: RM6,344.00 / Goal: RM6,500.00

Donate Now
Tajaan dan sumbangan yang diberikan juga boleh dibuat pengecualian cukai melalui akaun Yayasan Matri!

Tax Exemption Link - YAYASAN MATRI


Murid Ceria, Keluarga Bahagia, Negara Sejahtera

Menjelang sesi persekolahan baharu tahun 2023 pada akhir bulan Mac, masih ramai rakyat dan keluarga berstatus B40 yang terkapai-kapai dan perlukan bantuan. Program Back2School diadakan untuk membantu persediaan murid sekolah yang kurang berkemampuan untuk kembali ke alam persekolahan. Program ini memberi tumpuan kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik , miskin dan dari golongan B40 yang memerlukan di sekolah rendah terpilih, termasuk sekolah angkat HALUAN. Melalui program ini, HALUAN akan bersama-sama membantu murid berkenaan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan baharu2023. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi baju seragam sekolah, kasut, stokin dan alat tulis.
OBJEKTIF PROGRAM  
  1. Membantu keluarga B40 yang kurang berkemampuan di dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak.
  2. Menyantuni anak-anak yatim dan B40 yang memerlukan.
  3. Membentuk murid cemerlang melalui program pemantapan rohani dan motivasi pelajar.

IMPAK PROGRAM

  1.  Membantu keluarga B40 dalam membuat persediaan persekolahan 1000 orang anak-anak mereka.
  2. Menceriakan dan menggembirakan 1000 orang murid sekolah yang akan memulakan persekolahan pada Mac 2023 ni.
  3. Mendokong saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu menangani isu kemiskinan keluarga B40 dalam salah satu fokus tujuh teras utama KPM.
  4. Menyokong Sektor Pendidikan dalam kerangka sosio-ekonomi MYSTIE (10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation, and Economy) melalui visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (SPV 2030) dalam membina sebuah negara maju.
  5. Menyokong bidang keutamaan SDG 4 - Pendidikan Berkualiti secara umum agar semua murid dapat mencapai pendidikan sekolah rendah, meningkatkan literasi dan dalam masa yang sama menghapuskan diskriminasi dalam pendidikan.

Agihan Kedua: 17 - 19 Mac 2023
Tutup Kempen: 16 Mac 2023
Agihan Pertama: 10 - 12 Mac 2023
Pelancaran: 17 Februari 2023, Jumaat
PAKEJ PLATINUM > RM 50,000
  • Logo pada landing page website.
  • Logo pada banner & barang bantuan semasa penyerahan dilaksanakan.
  • Logo ditayangkan semasa slot live TV HALUAN: Segment BACK2SCHOOL.
  • Logo ditayangkan semasa slot live beberapa segmen TV HALUAN yang lain.
  • Jemputan untuk turut serta bersama–sama semasa menyampaikan sumbangan (lokasi tertentu).

PAKEJ DIAMOND RM 30,000 - RM49,999
  • Logo pada landing page website.
  • Logo pada banner & barang bantuan semasa penyerahan dilaksanakan.
  • Logo ditayangkan semasa slot live TV HALUAN: Segment BACK2SCHOOL.
  • Logo ditayangkan semasa slot live beberapa segmen TV HALUAN yang lain.

PAKEJ GOLD RM 15,000 – RM 29,999
  • Logo pada landing page website.
  • Logo pada banner & barang bantuan semasa penyerahan dilaksanakan.
  • Logo ditayangkan semasa slot live TV HALUAN: Segment BACK2SCHOOL.

PAKEJ SILVER RM 5,000 – RM 14,999
  • Logo pada landing page website.
  • Logo pada banner & barang bantuan semasa penyerahan dilaksanakan.

PAKEJ BRONZE RM 1,000 - RM 4,999
  • Logo pada landing page website.

Tonton info kempen disini: https://youtu.be/YPB6zz-Jgtw


Surah Al-Maidah (5:2) yang bermaksud:

".....Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan..."