fbpx

Kempen Persiapan Sekolah Pelajar Yatim AHP

Kempen Persiapan Sekolah Pelajar Yatim AHP

Kempen Persiapan Sekolah Pelajar Yatim AHP

BUKIT NAGA, SHAH ALAM, 1 Dis 2017 – Asrama HALUAN Penyayang (AHP) hari ini melancarkan Kempen “AHP Back to School” untuk mengumpulkan dana bagi membantu persediaan anak-anak yatim dan miskin di AHP untuk memulakan persekolahan sesi 2018.

Terdapat tiga pakej ditawarkan iaitu pakej Buku dan Peralatan Sekolah bernilai RM 50.00 bagi setiap pelajar, pakej Beg Sekolah bernilai RM25.00 bagi setiap pelajar dan pakej Kasut Sekolah bernilai RM30.00 bagi setiap pelajar.

Penyumbang boleh memilih untuk menyumbang di dalam mana-mana pakej yang disukai. Namun begitu, pihak AHP juga menerima sekiranya penyumbang ingin menyumbang secara umum dengan apa-apa jumlah. AHP mempunyai 30 orang penghuni terdiri daripada 22 lelaki dan 8 perempuan.

Sebuah lagi kempen iaitu “Kempen Penajaan Anak-anak Yatim dan Miskin AHP” masih terus berjalan. Kempen ini yang berjalan sepanjang tahun membuka peluang kepada penderma untuk memberi sumbangan secara konsisten kepada pelajar-pelajar AHP samada sumbangan untuk menampung perbelanjaan sara hidup, pembelajaran atau kedua-duanya. Penyumbang juga boleh menyumbang untuk menampung kos perbelanjaan pengurusan rumah perlindungan ini.

Asrama HALUAN Penyayang adalah sebuah pusat perlindungan anak-anak yatim dan miskin yang terletak di Bukit Naga, Shah Alam. Matlamat asrama ini adalah untuk menghimpun anak-anak yatim dan miskin Muslim yang bercita-cita tinggi, mempunyai pelbagai kemahiran dan berakhlak mulia. Selain bimbingan akademik, anak-anak ini didedahkan dengan ilmu-ilmu Quran dan Islam untuk memantapkan akhlak mereka. Salah seorang daripada lepasan AHP ini adalah Daie Ahmed Ibrahim Ahmad yang kini sering muncul di kaca televisyen.

Anggaran pelajar yang akan ditanggung oleh AHP pada tahun 2018 adalah seramai 30 orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang akan menelan belanja sekurang-kurangnya sebanyak RM 150,000. Sumbangan orang ramai sangat diperlukan dan dialu-alukan. Sumbangan ikhlas anda boleh dimasukkan terus ke akaun mereka seperti di bawah:

Tetuan Tabung Anak Yatim Dan Miskin HALUAN Penyayang
1203 8010 0810 98
Bank Islam Malaysia Berhad

Emailkan slip bank-in atau resit sumbangan (#Back2School / #TajaanAHP) kepada unit.kewangan@haluan.org.my atau whatsapp ke 010-3005141.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Encik Nasarudin Abdul Manaf (Pengurus) : 019-559 2042
Encik Abdul Manas Husin (Mudir) : 019-262 1213
Encik Shahril Ramli (Setiusaha Kerja) : 013-398 4550


Lapiran oleh Muhammad ‘Izzat Mohd Ghani, Setiausaha Kerja Biro Kebajikan HALUAN