fbpx

Zionis Agresif Serang Gaza, 3 Terbunuh

Zionis Agresif Serang Gaza, 3 Terbunuh

Zionis Agresif Serang Gaza, 3 Terbunuh

GAZA, 22 Oktober 2012 — Angkatan tentera rejim pengganas Zionis Yahudi terus menyerang sasaran-sasaran di Gaza secara agresif sejak kebelakangan ini. Terkini, mereka telah menembak peluru berpandu ke arah penempatan di As-Sikka Street, utara Gaza. Kerakusan Zionis pada hari ini sahaja telah membunuh tiga penduduk Gaza.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, Dr Ashraf Al-Qudra, mangsa yang terbunuh di As-Sikka Street adalah seorang pemuda 29 tahun, Khalil Al-Kafarna. Beliau mengalami cedera parah dalam kejadian dan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Beit Hanoun.

Terdahulu, dua rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya empat yang lain tercedera dalam satu siri serangan udara Zionis Yahudi yang menyasarkan beberapa kawasan berbeza di bahagian utara Gaza. Yasser Jom’a At-Tarabeen, 26 tahun, dari Beit Hanoun, dan Abdul-Rahman Al Darwesh Abu Jalala, 25 tahun, dari Beit Lahia, terbunuh apabila pesawat tanpa pemandu (drone) melepaskan peluru berpandu ke arah Abed Al Hameed Street, Beit Hannon.

Dalam berita berkaitan, agensi berita IMEMC turut melaporkan bahawa beberapa kenderaan berperisai tentera Zionis menyerang kawasan di utara Beit Hanoun dan menembak peluru hidup secara rawak. Tentera udara Zionis juga dilaporkan menerbangkan pesawat ke seluruh kawasan berkenaan.

Sumber-sumber tempatan berkata bahawa tiga sekolah menengah di kawasan itu terpaksa ditutup dan pelajar dihantar pulang berikutan serangan tersebut.


Sumber berita International Middle East Media Center (IMEMC)