fbpx

Ziarah Mahabbah IKRAM Siswa Nasional

Ziarah Mahabbah IKRAM Siswa Nasional

Ziarah Mahabbah IKRAM Siswa Nasional

BANDAR BARU BANGI, 20 Okt 2015 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) telah menerima kunjungan delegasi pimpinan IKRAM Siswa Nasional di Ibu Pejabat HALUAN di sini. Ziarah mahabbah ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta berbincang bentuk-bentuk kerjasama yang mampu dilaksana antara dua pihak.

Delegasi IKRAM Siswa Nasional (ISN) seramai 10 orang diketuai oleh presiden, Marwan Abdullah serta diiringi oleh Timbalan Presiden, Muhammad Mus’ab Muzahar dan Setiausaha Agung, ‘Asim ‘Abdullah Ainullotfi.

Program bermula dengan sesi perkenalan dan diteruskan dengan pengenalan HALUANSiswa yang telah dibentangkan oleh Ketua Siswa HALUAN, Saiful Islam Izraie. Pihak pelawat seterusnya memperkenalkan ISN oleh presidennya.

Sesi diteruskan dengan perbincangan berkaitan kerjasama yang mampu dijalin antara kedua belah pihak untuk menggencarkan aktiviti kesukarelawanan di IPT. HALUANSiswa berharap program ziarah ini akan melancarkan gerak kerja bersama pada masa akan datang, insya-Allah.


Laporan disediakan oleh Taufiq Mat Nasir, Exco Media HALUANSiswa, Bangi, Selangor.