fbpx

Warga Kolej Komuniti Rompin Teruja Dengan Ceramah Kesedaran Palestin

Warga Kolej Komuniti Rompin Teruja Dengan Ceramah Kesedaran Palestin

Warga Kolej Komuniti Rompin Teruja Dengan Ceramah Kesedaran Palestin

ROMPIN, 17 April 2009 — Masih ramai dari kalangan masyarakat kita yang tidak berkesempatan untuk mendapat maklumat dan kesedaran tentang apa yang berlaku kepada saudara-saudari kita di Palestin. Seramai 200 orang kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Rompin sangat teruja kerana telah berpeluang untuk mengikuti satu ceramah kesedaran Palestin bertajuk “Selamatkan Palestin, Tanggungjawab Ummah” yang dijayakan dengan kerjasama HALUAN Pahang.


Ceramah tersebut telah disampaikan oleh seorang penceramah dari Sekretariat HALUAN Palestin cawangan Pahang, Sdr Abd Bashir bin Abd Ghani. Menurut Sdr Abd Bashir, tujuan ceramah tersebut diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti tentang isu dan permasalahan Palestin yang kini semakin kurang diperkatakan oleh masyarakat.

Dalam sesi ceramah tersebut, para hadirin telah didedahkan dengan perkembangan terkini tentang Palestin di samping penerangan tentang peristiwa sebenar yang berlaku di sana. Penyampaian ceramah disokong dengan tayangan gambar dan klip video yang terkini. Penceramah juga mengajak para hadirin untuk menjayakan kempen memboikot barangan yang menyokong kelansungan negara pengganas zionis Israel sebagai satu usaha membantu perjuangan rakyat Palestin dan meruntuhkan sokongan kepada negara Yahudi itu.

Perhatian dan penumpuan yang ditunjukkan oleh pelajar adalah amat baik sekali. Ramai di kalangan mereka yang baru pertama kali didedahkan dengan isu ini. Mereka teruja dengan informasi dan foto yang ditayangkan. Ceramah ini sedikit sebanyak telah membuka minda mereka untuk memahami bahawa isu Palestin adalah isu aqidah dan kepercayaan dan Yahudi adalah musuh Islam yang sentiasa melakukan kerosakan di dunia demi memesongkan manusia dari jalan Allah.

 Pelajar Kolej Komuniti Rompin yang hadir mendengar ceramah Sebahagian dari pensyarah Kolej yang turut hadir mendengar

HALUAN Pahang akan terus berusaha mencari peluang-peluang untuk berceramah terutamanya di sekolah-sekolah dan instusi pengajian yang ada di Pahang sebagai usaha mengimarahkan isu Palestin ini yang semakin dilupakan oleh masyarakat.

Sehingga kini daerah yang telah disentuh oleh HALUAN Pahang untuk menyampaikan isu Palestin ini termasuklah Kuantan, Temerloh, Pekan, Rompin, dan Raub. Dalam program kali ini, wartawan dari akhbar Sinar Harian turut hadir untuk mendapatkan informasi bagi disiarkan akhbar mereka.